Baru²ni pemilik blog Amie's Little Kitchen iaitu Kak Amie bermusafir ke beberapa buah negara di Timur Tengah. Seperti biasa, Kak Amie buka gelanggang untuk kawan² blogger meneka destinasinya. Bayangan yang diberi negara Timur Tengah dan tempat suci.
Jadi, ini tekaan Ummi ππ»
Dari 5 tekaan, hanya 1 mengena iaitu negara Jordan. Tempat suci yang Kak Amie pergi ziarah rupanya bumi barokah Palestine. Allahu Akbar, sebak!
Walaupun hanya 1 tekaan yang mengena, Kak Amie tetap kirimkan hadiah...
Berbaur perasaan, dalam gembira ada rasa sedih dan sebak. Besar sangat rasanya pemberian ni kerana ianya dari bumi anbiyak yang penuh berkat.
... dan keychain. Ummi terus pasang dekat kunci kereta Ummi. Suka dan sayang dengan pemberian ni jadi nak terus guna. Juga sebagai simbol solidariti π€π€π❤️
Pashmina dari Jordan yang cantik ni pastinya jadi kesayangan Ummi. Warna hijaunya sangat memikat hati, lurvvv sangat!
Alhamdulillah terima kasih banyak Kak Amie atas kiriman hadiah yang sangat berharga ni. DOA saya agar Kak Amie sekeluarga sentiasa dimewahkan rezeki, dalam lindungan-Nya selalu dan diberi kesihatan yg baik utk seluruh keluarga π€²π»
Tahniah... alhamdulillah rezeki dapat pergi Jordan... Cantik hadiah2 tu... Semoga dimurahkan rezeki buat kak amie dan Ummi..
ReplyDeleteAlhamdulillah rezeki PH, kami tumpang seronok
ReplyDeleteMasya-Allah, banyaknya kak Amie bagi hadiah. Tahniah, PH!
ReplyDelete