Sunday, 25 January 2026

Abang ~ Jamuan Pengawas 2025

Jamuan untuk pengawas sesi 2025, tapi tahun 2026 baru sempat buat. Jamuannya di Hotel Vivatel, Cheras. Bayaran RM 70 seorang (lunch buffet). 

Abang pergi sendiri je, Walid hantar ke TBG kemudian dia naik LRT ke Masjid Jamek, tukar train ke Stesen Miharja. Sampai sana terserempak dengan Adam, alhamdulillah ada geng, sama² jalan kaki ke hotel. 

Kata Abang, banyak pilihan makanan berbanding jamuan di hotel tahun lepas. Tapi, dari segi tempat kali ni bercampur dengan tetamu hotel lain, bukan dalam dewan macam tahun lepas. Takpelah Abang, janji kenyang :) Dapat mug, highlighter set dan jajan kot as a doorgift


2 comments:

  1. kira okey la rm70 tu kan..seronok budak budak sesekali jamuan camni

    ReplyDelete
  2. ok dh rate tu utk mkn2 kat hotel

    ReplyDelete