Monday, 19 January 2026

Vest Baru

Masa cuti sekolah hari tu cikgu buka tempahan untuk vest Pengawas Sekolah. Semua wajib beli la sebab vest baru, tak sama macam yang sebelum² ni, vest warna maroon yang boleh dibeli di kedai² pakaian sekolah. Vest baru ni custom design; ada sulam logo sekolah, logo JAIS dan dual color. Harga RM 45. Adik ambil saiz M. Besar sikit takpe, boleh pakai lama. 

Masuk kereta je Ummi suruh cuba try test :p 
Nampak matured dah anak bongsu Ummi ni 😌
Dah jadi kakak² di sekolah... 
Vest tu warna pink dan maroon di bahagian depan. Belakang maroon sahaja. 

Ada tulisan Pengawas Sekolah dan nama sekolah juga. Kalau ada nama murid belah depan tu pun cantik juga. 

Selamat bertugas Adik 💪🏻

4 comments:

  1. Hehe mungkin masa depan mereka tingkatkan letak nama murid. Tidakpun kena jahit nama kain pada baju.

    ReplyDelete
  2. nice kaler!! feminin vibe la kaler tu

    ReplyDelete
  3. Cantik warna vest.. Selamat bertugas dan menjalankan tanggungjawab sebagai seorang pengawas.

    ReplyDelete
  4. cantik vestnya..selamat bertugas pengawas

    ReplyDelete