Lepas solat Zohor, kami bertolak ke Kuala Perlis.
Sebelum tu makan tengahari dulu. Tok Umi masak. Ummi hantar Abang Kakak je ke dapur hihi... Sibuk berkemas sebab pukul 11 cleaner homestay nak datang kemas. Ada guest nak check in pukul 2 ptg.
Kanak² riang ni main Happy Family sementara nak tunggu lunch ready. Bila kami checked out dari rumah Tok Umi, cucu⁷ lain pun balik rumah masing² juga.
Masjid Al Hussain Kuala Perlis ni dibina atas air. Kalau air pasang nampaklah masjid ni dikelilingi air laut.
Cantiklah jubin di masjid ni...
Ramai pengunjung sedang beristirehat sebentar di perkarangan masjid.. ada yang menanti feri dan RORO dari Langkawi. Ada yang menjemput ahli keluarga balik dari Langkawi dsbnya. Masjid ni ada kemudahan parkir kereta yang agak banyak. Tapi, had parkir hanya 2 jam. Oklah, tak perlu masuk ke parkir berbayar kalau nak singgah sekejap menunggu feri. Tapi Ummi tengok ramai yang singgah solat alhamdulillah. Bercakap pasal parkir ni, dari awal sampai iaitu di simpang ke Kuala Perlis ni lagi dah ada beberapa penunggang motorsikal yang follow kita untuk ajak masuk ke tempat parkir mereka. Sampai begitu sekali ye... Kalau takat RELA yang usher ke parking okay je.
Datang sini tahun 2023 dulu takde pula gini... Bebas je nak cari parkir sendiri.
Lepas tu Angah beli Mee Goreng, pun sedap. Ada food trucks dalam perkarangan masjid ni.
Sekitar jam 6.40 ptg kami mula meninggalkan Kuala Perlis. Ke destinasi seterusnya.
Lamanya tak menjejak kaki ke kuala perlis.
ReplyDeleteLamanya tak menjejak kaki ke kuala perlis.
ReplyDeleteDulu aunty pun main Happy Family la...Hehe. Kincir angin tu tak pernah nampak lagi kat Malaysia ni.
ReplyDeleteBelum pernah jejak Perlis lagi ni.
ReplyDeletePergi Perlis..tapi tak sampai ke Kuala Perlis..
ReplyDeleteLama tak dengar kad Happy Family!
ReplyDeleteTenang saja suasana Kedah dan Kuala Perlis ini yaaa.
ReplyDeleteOh JD penunggang motosikal tuh kasih tempat parkir di wilayah mereka kak? Lebih mahal biaya?
Ais krim kelapaπππ. Pernah makan di Thailand, sedaap memang. Sukaa dengan rasa kelapa nya.