Thursday, 1 January 2026

Balik Kampung Hujung Tahun

Jom balik kampung ! 

Sebelum memulakan perjalanan, isi perut dulu.

Singgahan pertama di R&R Tapah untuk toilet break. Ummi beli keropok lekor, Walid beli kopi. 

Singgah lagi untuk toilet break di R&R Gunung Semanggol (Bukit Merah). Walid beli roti kahwin. Makan lagi :) 

Welcome to Kedah 💚💛

Singgah sat di Butik Kak Nab (Tik Toker) di Mentaloon sebab ada sale hujung tahun katanya. Tak banyak barang yang tinggal, last day sale orang dah grab awal agaknya. 

Late lunch di sebuah warung masakan kampung di Pumpong. Lauk dah hujung² tapi ada sup daging panas² atas kuali, minta semangkuk. Berseleralah makan ada sup panas. 


Sampai di Jitra, Tok Umi jami bubur kacang dan puding tutty fruity by anak² buah Walid. 

😋

Petang keluar ke pekan Jitra. Wajib singgah beli Nasi Lemak Bundle depan SMK Mahawangsa. Nasi lemak bungkus dgn pelbagai jenis lauk. Padu! 

Tujuan utama ke pekan Jitra nak ke Nagoya. Pergi M3 Mall bulan lepas, Nagoya dekat situ dah pindah ke Aeon Big Wangsa Maju. Suka brli kain di Nagoya. Selain banyak pilihan dan lebih murah jika nak dibanding dengan jenama popular lain, sales assistant Nagoya tak pushy

Penutup siang yang indah. 
Tenang, damai dan mesra ❤️
Alhamdulillah. 

#maaf tak sempat blog walking 🙏🏻






4 comments:

  1. Alhamdulillah seronok kan balik kampung.

    ReplyDelete
  2. Banyak aktiviti ni bila balik kampung. Semoga dipermudahkan semua urusan PH sekeluarga.

    ReplyDelete
  3. Akhirnya setelah lama tidak pulang ke kampung.
    Wah cari kain untuk baju raya ya? Maknanya bukan beli baju dah siap.

    ReplyDelete
  4. gambar last tu cantikkk nampak damai sgt!

    ReplyDelete