Sunday, 11 January 2026

Ole² dari وت

Khamis lepas Kakak ke sekolah (SRAI). Cg Sol ajak Kakak, Medina dan Amni Shi tolong cikgu kemas barang dan bantu persiapan untuk Orientasi Darjah 1. Dalam pertemuan tu, Medina bagi ole² dari Tawau (وت) untuk Kakak ❤️

Kakak bagi Ummi salah satu set brooch mutiara 👆🏻
Alhamdulillah tq Kakak, tq Medina... Bolehlah Ummi pakai untuk raya nanti. 

Fawwaz joined selepas orientasi F1 di sekolah menengahnya. Masing² belum move on, masih nak berjumpa dan spend time dengan geng SRAI :) 

Sebelum balik tu, Cik Tah bagi Kakak angpau. Hadiah masuk asrama...

Cik Tah ni kalau memberi, bukan sikit² ye... 
Semoga bertambah mewah, lebat dan berkat rezekinya Cik Tah ye... Paling utama, ukhuwah kita berkekalan hendaknya 🤲🏻 






4 comments:

  1. Nampak meriah betul suasana bila Kakak, Medina dan geng SRAI berkumpul sama-sama. Hadiah brooch mutiara tu memang cun, sesuai sangat nak dipakai masa raya nanti.
    Cik Tah pula siap bagi angpau, rezeki melimpah ruah lah Kakak.

    Best tengok ukhuwah masih erat walaupun masing-masing dah masuk sekolah menengah.

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah, murah rezeki kakak

    ReplyDelete
  3. Cantik brooch mutiara itu, nampak mewah :)

    ReplyDelete
  4. brooch dr negeri di bawah bayu memang cantik2 belaka esp kalau ada sebutir dua mutiara

    ReplyDelete