Thursday, 29 January 2026

Terima Hadiah Teka Negara dari Kak Amie

Baru²ni pemilik blog Amie's Little Kitchen iaitu Kak Amie bermusafir ke beberapa buah negara di Timur Tengah. Seperti biasa, Kak Amie buka gelanggang untuk kawan² blogger meneka destinasinya. Bayangan yang diberi negara Timur Tengah dan tempat suci. 

Jadi, ini tekaan Ummi πŸ‘‡πŸ»

Dari 5 tekaan, hanya 1 mengena iaitu negara Jordan. Tempat suci yang Kak Amie pergi ziarah rupanya bumi barokah Palestine. Allahu Akbar,  sebak! 

Walaupun hanya 1 tekaan yang mengena, Kak Amie tetap kirimkan hadiah...

Berbaur perasaan, dalam gembira ada rasa sedih dan sebak. Besar sangat rasanya pemberian ni kerana ianya dari bumi anbiyak yang penuh berkat.

Selain topi, ada juga fridge magnet

... dan keychain. Ummi terus pasang dekat kunci kereta Ummi. Suka dan sayang dengan pemberian ni jadi nak terus guna. Juga sebagai simbol solidariti πŸ–€πŸ€πŸ’š❤️

Pashmina dari Jordan yang cantik ni pastinya jadi kesayangan Ummi. Warna hijaunya sangat memikat hati, lurvvv sangat!

Tidak ketinggalan sebuku mineral soap

Kulit muka Ummi agak kering dan mengelupas lately, bolehlah Ummi guna sabun ni.

Alhamdulillah terima kasih banyak Kak Amie atas kiriman hadiah yang sangat berharga ni. DOA saya agar Kak Amie sekeluarga sentiasa dimewahkan rezeki, dalam lindungan-Nya selalu dan diberi kesihatan yg baik utk seluruh keluarga 🀲🏻 




8 comments:

  1. Tahniah... alhamdulillah rezeki dapat pergi Jordan... Cantik hadiah2 tu... Semoga dimurahkan rezeki buat kak amie dan Ummi..

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah rezeki PH, kami tumpang seronok

    ReplyDelete
  3. Masya-Allah, banyaknya kak Amie bagi hadiah. Tahniah, PH!

    ReplyDelete
  4. Cie punya pun dah sampai. Alhamdulillah rezeki. Cie pun sama betul Jordan je.

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah rezeki dapat souvenir dari Palestine... Bukan calang calang org boleh ke sana...

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah..rezeki PH dapat hadiah dari bumi bertuah..

    ReplyDelete
  7. Tahniah dapat. Sabun Laut Mati πŸ™‚

    ReplyDelete
  8. Alhamdulillah..Seronoknya dpt byk hadiah =D

    ReplyDelete