Tuesday, 20 January 2026

Terima Hadiah Kamu Yang Mesra dari Blogger Ujie Othman

Alhamdulillah rezeki datang tanpa diduga lagi. Ummi terpilih sebagai Kamu Yang Mesra oleh blogger Ujie Othman atau lebih mesra Ummi sapa PU ( Puan Ujie). 

Alhamdulillah rezeki kami bertiga 🤲🏻

Ikutkan Fanny di tempat pertama, manakala Ummi ni tempat ke-4. Tapi dek kerana Fanny berada nun di negara jiran, Ummi naiklah ranking tempat ketiga. Begitulah aturan rezeki. Alhamdulillah. 

Buka saja kotak kiriman PU, hati Ummi dah tertawan. Manissss sangat tote bag/shopping bag ni 🩷

Ada 3 items dalam kotak ni... Ada stoking Naelofar dan handbag selain tote bag 👆🏻
Suka suka suka :D 

Cantik! 
Warna maroon. Kena sangat dengan taste Ummi. Thanks PU 😘
Ada 2 tali disertakan. 
Simpan dulu beg ni, nak melaram raya nanti, In Sha Allah. 

Terima kasih sekalung budi buat PU. Segan juga ni, dah 2 tahun berturut² jadi penerima hadiah Kamu Yang Mesra di blog Titian Perjalanan milik PU. Apapun, didoakan agar PU sekeluarga sentiasa dlm lindungan-Nya, sihat selalu dan diluaskan rezeki sentiasa hendaknya. Begitu juga untuk semua rakan di alam maya ❤️ 




5 comments:

  1. Warna beg ini rupanya lain-lain. Tahniah PH. Rezeki jangan ditolak.

    ReplyDelete
  2. wah dh 2x jd yg mesra...tahniah

    ReplyDelete
  3. cantiknya handbag raya! tahniah PH :D

    ReplyDelete
  4. Ini bikin uncle jeles! (walaupun uncle tak pakai handbag)

    ReplyDelete