Lepas solat Zohor, kami bertolak ke Kuala Perlis.
Sebelum tu makan tengahari dulu. Tok Umi masak. Ummi hantar Abang Kakak je ke dapur hihi... Sibuk berkemas sebab pukul 11 cleaner homestay nak datang kemas. Ada guest nak check in pukul 2 ptg.
Kanak² riang ni main Happy Family sementara nak tunggu lunch ready. Bila kami checked out dari rumah Tok Umi, cucu⁷ lain pun balik rumah masing² juga.
Masjid Al Hussain Kuala Perlis ni dibina atas air. Kalau air pasang nampaklah masjid ni dikelilingi air laut.
Cantiklah jubin di masjid ni...
Ramai pengunjung sedang beristirehat sebentar di perkarangan masjid.. ada yang menanti feri dan RORO dari Langkawi. Ada yang menjemput ahli keluarga balik dari Langkawi dsbnya. Masjid ni ada kemudahan parkir kereta yang agak banyak. Tapi, had parkir hanya 2 jam. Oklah, tak perlu masuk ke parkir berbayar kalau nak singgah sekejap menunggu feri. Tapi Ummi tengok ramai yang singgah solat alhamdulillah. Bercakap pasal parkir ni, dari awal sampai iaitu di simpang ke Kuala Perlis ni lagi dah ada beberapa penunggang motorsikal yang follow kita untuk ajak masuk ke tempat parkir mereka. Sampai begitu sekali ye... Kalau takat RELA yang usher ke parking okay je.
Datang sini tahun 2023 dulu takde pula gini... Bebas je nak cari parkir sendiri.
Lepas tu Angah beli Mee Goreng, pun sedap. Ada food trucks dalam perkarangan masjid ni.
Sekitar jam 6.40 ptg kami mula meninggalkan Kuala Perlis. Ke destinasi seterusnya.
Lamanya tak menjejak kaki ke kuala perlis.
ReplyDeleteJom la Wak... Banyak perubahan di Perlis skrg. Tapi tetap tenang di sini :)
DeleteDulu aunty pun main Happy Family la...Hehe. Kincir angin tu tak pernah nampak lagi kat Malaysia ni.
ReplyDeleteHehe... Skrg mainan, makanan zaman kita kecik dulu banyak yang timbul semula kan...
DeleteKincir angin modern ni dekat port, sy tak tahu apa fungsinya π
Belum pernah jejak Perlis lagi ni.
ReplyDeletePerlis banyak tempat menarik.. Ada rezeki datanglah sini Cie, best ππ»
DeletePergi Perlis..tapi tak sampai ke Kuala Perlis..
ReplyDeleteKena pergi semula Linda :D
DeleteLama tak dengar kad Happy Family!
ReplyDeleteTimbul semula mainan zaman kanak² kita dulu π
DeleteTenang saja suasana Kedah dan Kuala Perlis ini yaaa.
ReplyDeleteOh JD penunggang motosikal tuh kasih tempat parkir di wilayah mereka kak? Lebih mahal biaya?
Ais krim kelapaπππ. Pernah makan di Thailand, sedaap memang. Sukaa dengan rasa kelapa nya.
Tepi laut biasanya tenang dan asyik pemandangannya Fanny kan...
DeleteTak pasti biasanya lebih mahal @ standard. Cuma lebih selesa cari sendiri tempat parkir yg kita mahu.
Sedap kan Fanny. Akk pun suka aiskrim kelapa π
Kebalikan dengan di sini kak. Di sini memang tukang parkir di setiap tempat π€£. Tapi jujur, kami terbantu dengan keberadaan mereka. Sebagian memang legal, tp sebagian tak legal. Hanya saja, di tempat wisata yg ramai, kdg memang tak cukup tempat parkir. Krn itu tukang parkir ilegal suka membantu. Hrg biasanya sama ataupun sedikit lebih mahal. Tp bagi kami okelah, drpd susah nak parkir kan π π
DeleteTak pernah sampai Perlis lagi .. cantiknya Masjid tepi laut tu.
ReplyDeleteSA pun dah lama x pi Perlis..laat 2018 ke 2019 rasanya...masa adik ipar punya adik kahwin...
ReplyDeleteEhh..PH ke Kuala Perlis. Ke destinasi seterusnya? Langkawi agaknya ya. Hehe..
ReplyDeleteLama sudah tak ke Perlis. Tengok aiskrim kelapa tu nampak sangat sedap!
ReplyDeletewaaa PH cuti2 perlis yer..best tuu
ReplyDelete