Itinerary hari pertama;
Langkawi SkyCab and the gang ✅
Hari kedua kami pilih aktiviti outdoor pula. Seawal 8 pg Walid dah ke lobi hotel, mencari PIC aktiviti island hopping. Petang semalam dah tanya² few providers. Paling murah dapat harga RM320, kena drive sendiri ke Jeti Tanjung Rhu (around 30 minutes dari hotel). Alhamdulillah ada slot kosong pukul 10 pg.
" Rezeki encik ada slot kosong. Biasanya orang book sehari awal" katanya.
Lambat decide sebab Ummi berbelah bagi nak island hopping ke just naik bot tepi pantai sebelah petang macam👆🏻ni...
Pakej kami ni termasuk transportation ke jeti, pergi dan balik. Harganya RM350 (private boat). Dan lagi best, naik bot di Jeti Teluk Baru, yang hanya 10 minit dari hotel. Tak perlu ke Jeti Tanjung Rhu.
Seronok tengok pemandangan bot² berlabuh gini... Rasa tenang je. Jeti Teluk Baru ni tempat baru dibuka. Pelancong yang naik dari sini Ummi tengok semuanya dibawa oleh van pelancong. Beza dengan di Jeti Tanjung Rhu yang kebanyakannya drive sendiri ke sana.
Kami cuma bawa baju salin dan sedikit makanan. Pakej ni termasuk mandi di Pulau Beras Basah. Walaupun tak berhajat nak mandi, Ummi bawa juga tuala (standby). Dekat jeti ni ada few gerai, yang jual nasi lemak pun ada. Ummi ni naif, tak terfikir pulak nak beli makanan untuk trip ni.
Ummi ingat botnya perlahan atau santai² je rupanya laju ya amat! Terlompat² rasanya dilambung ombak. Tapi menyeronokkan dan memberi pengalaman baru.
Betapa kerdilnya kita dan besarnya pengharapan kepada-Nya bila berada di lautan begini. Walaupun trip ni untuk suka²/bersiar², tapi didiklah hati untuk mengagumi kebesaran Allah SWT.
Langkawi terdiri dari gugusan 99 buah pulau semula jadi. Selain Langkawi sendiri, Pulau Tuba satu lagi pulau yang didiami oleh manusia. Yang selebihnya pulau² kecil begini dan mungkin tidak sesuai didiami.
Singgahan pertama, Pulau Dayang Bunting. Nampak tak bentuk pulau tu umpama seorang perempuan mengandung tengah berbaring? Sebab itulah namanya Tasik Dayang Bunting. Kami cuma tengok dari jauh. Ada pakej yang bawa pelancong untuk ke pulau ni. Biasanya kata pemandu bot orang ke Tasik Dayang Bunting di pulau ni untuk ikhtiar dapatkan zuriat.
Di sebelah kanan kami pula Pulau Buaya. Bentuknya macam buaya kan? Sekitar ni saja ada 4-5 pulau yang ada.
Ramai juga pelancong ambil pakej island hopping ni... Kalau pelancong Mat Saleh, depa sewa jet ski...
Seterusnya kami ke Pulau Singa Besar untuk aktiviti eagle feeding. Pulau Singa Besar ni paling banyak burung helang tinggal.
Bye Pulau Singa Besar... Jeti tu dah uzur, terbiar je. Tak pastilah ada jalan lain untuk naik ke darat.
Tak berani nak try.
Geng Mat Saleh yang naik jet ski tadi pun baru sampai... Meriah pulau ni.
Hampir sampai ke pulau, pemandu bot bagi roti sorang sekeping, untuk bagi ikan makan.
Kemuncak pakej kami ni mandi-manda di Pulau Beras Basah. Kami diberi masa 2 jam untuk mandi-manda. Lamanya huhu...
Kalau tak nak mandi, bolehlah bersantai ambil angin laut. Seeloknya bawalah tikar, lebih selesa untuk duduk dan berkelah. Kami ni tikar pun tak bawa, makanan pun ada jajan sikit² je. Tak cukup info sebab tu tak prepare awal. Tercengang tau masa pemandu bot kata 2 jam kat sini 😅
Selok beg jumpa roti krim ni alhamdulillah boleh la buat alas perut. Masa ni mulalah teringat nasi lemak acik dekat Jeti Teluk Baru tadi. Sedap kalau dapat berkelah makan nasi lemak ni...
Ada tandas (bayaran RM1) dan bilik air untuk mandi/tukar baju (bayaran RM2). Tapi itulah walaupun dikenakan bayaran tapi kebersihan out. Sebatu dah boleh bau busuknya tu :( Mungkin bekalan air terhad, tak boleh nak mencuci selalu tandasnya tapi tak adil juga untuk pengguna yang kena bayar utk guna kemudahan tu.
Gerai jualan... Kami cuma beli gambar sekeluarga yang diambil oleh photographer di sini. Murah je, RM15.
Kawasan ni sempit sangat, parking double triple. Nak sampai ke simpang, van dipandu mengundur 😁
Apapun alhamdulillah trip pulau ke pulau ni satu pengalaman yang sangat menarik dan berharga untuk kami sekeluarga.
Untuk lunch, Walid beli packed food di warung berhampiran hotel. Alhamdulillah untuk hari yang indah ❤️
kena masuk list jugak jalan2 Langkawi ni. last pergi tahun 2010 rasanya tu pun sebab kursus.
ReplyDeleteSilap Cie. Tumpang anak² belum habis sekolah, lagi seronok pergi
Deletewpun MZ dh few times gi langkawi tapi lom pernah try aktiviti island hopping ni...sbb mr hubby jenis tak suka aktiviti2 air...MZ plak fussy bab2 toilet kotor etc (mcm yg PH citer tu...membayangkan pun rasa tak sanggup)
ReplyDeleteSame w me. Bab toilet mmg fussy. Sanggup tahan ye sampai jumpa tempat selesa.
DeleteWahhh..Nice sgt ni sis..Kena kumpul budget ni =D
ReplyDeleteSila² 🤗
Deleteadoi...dengar bab toilet...sedih betul..toilet dekat Teluk batik pun tak best sangat...
ReplyDeletePublic toilet mana2 pun gitulah Linda kan :(
DeleteTapi ada juga yg elok cuma kebanyakannya tu mmg out
baca cerita PH ke Langkawi la dulu..cerita saya ntah rajin ke tak ni nak menulis haha
ReplyDeleteHaha... Tulis la sis, nak baca. PH pun bukan apa, tulis sbg kenangan utk anak⁴ :)
DeleteKami pun ada island hopping. Tapi.....terhentak kuat betul bot kami naik tu. Dania kata macam nak pecah bot tu....masa tengah bagi makan monyet....eh eh Dania boleh pulak terserempak dengan bot yang bawa kawan sekolah rendah dia. Mak kawan tu dah cakap anak dia pun ke Langkawi....hehe.
ReplyDeleteAda pergi gua kelawar tak PH....masa kami pergi tu seram sebab guanya ada yang kena tunduk sangat bila masuk....
Betul, terlompat2 rasa bila bot bertembung dgn ombak/arus laut tu. Seriau pun ada...
DeleteTakde pula ke gua kelawar tu. Mujurlah tak pergi hehe
Seronok la semua naik van, bkn selalu kan, lepas tu dpt mandi laut pulak tu
ReplyDeleteBetul, semua excited sbb tak pernah naik van gini :)
DeleteIsland hopping best tau. Kita orang pi pulau dayang bunting juga. Tapi monyetnya ganas2 pantang nampak makanan di rampasnya.
ReplyDeleteIye Kak? Mujurlah kitorg tak singgah di PDB tu. Risau kalau monyet liar ni
Deleteseronok tu naik boat island hopping...tringat time honeymoon langkawi dlu...kt side bar kt blog kuar entry org google entry honeymoon langkawi....tisya pernah pegi langkawi naik boat time kecik dlu kala
ReplyDeleteDah lama la tu kan, Tisya kecik lagi time tu... Boleh la repeat hehe
DeleteWaaah iyaaa, lama sangat 2 jam. Apalagi kalau kita tak nak main air kan. Ini macam saat saya ke Hanoi, berhenti di salah satu pulau. Tp memang tak nak lah mandi Manda situ 🤣. Cuma Krn dengan peserta lain, terpaksa tunggu. Kalau private macam nih, bagus juga, tak payah tunggu 2 jam 😅😅.
ReplyDeleteMasalah toilet memang homework bersama. Di sinipun kebersihan toilet di public place masih belum lagi kak. Makanya saya kurang suka main air di pantai sini, sebab kuatir kebersihan toilet atau ruang bilas.
Betul, 2 jam lama bagi kita yg tak nak mandi hehe ...
DeleteMujurlah Kakak cuma mandi setakat pinggang jadi ngak perlu tukar baju/guna bilik air. Meneman Kakak saja utk bilas badan & tukar baju. Itupun sengsara, ngak tahan bau toilet 🫣
Best nya island hopping. Subhanallah Langkawi memang cantik
ReplyDeletePengalaman baru utk kami :)
DeleteAduh..x sabar plak nak tunggu bulan 9 nak pi Langkawi utnuk anniversary
ReplyDeleteIye SA? Wah bestnya! Kita pulak tumpang excited 😆
DeleteLawa betul la laut sana, hijau jer. Seronok juga island hopping ni. Tengok keindahan alam, pulau-pulau dan laut.
ReplyDeleteYe Nur, airnya cantik sangat.
DeleteTeringat dulu island hopping di Langkawi siap tgk orang bagi helang makan. Yang tak bestnya dekat salah satu pulau tu monyet berkeliaran dan agak ganas, siap berani rampas makanan kalau dia nampak orang pegang makanan.
ReplyDeleteTakut, kalau monyet liar ni... Tapi alhamdulillah takde incident camtu. Tapi dekat Pulau Beras Basah tu tiba² muncul juga seekor monyet besar datang dekat Kakak & Angah. Syukur tak kacau pun
Deletebestnya island hopping. dulu saya pergi kilim geopark. pastu ada masuk gua kat area situ gak, tak ingat pakej tu harganya berapa. pernah jugak sampai pulau dayang bunting tu
ReplyDeleteGua yang ada kelawar tu ke?.
DeleteSeronoknya baca kisah percutian Hazel sekeluarga ke Langkawi. Cantik sungguh pemandangan laut di sekitar pulau-pulau yang ada. Malaysia ni memang perlu tambahbaik daripada segi bab kebersihan tandas ni kan.
ReplyDeletewah langkawi ka..sha belum pernah pergi sini lagi bestnya baca pengalaman puan hazel sekeluarga..sha bolehlah bookmark entry ini kalau plan nak ke sna..doa kan hihi
ReplyDeleteDah lama tak pergi Langkawi.
ReplyDeleteBest²... akak pernah ke Pulau Dayang Bunting... nak ke tasik dia... makaihhhhh.... heret kaki naik tangga dia🤭.. dah ler tinggi.
ReplyDeleteNever been to Langkawi. Speed boat mmg laju yakmat. Masa gi Redang dulu, patutnya period lagi seminggu tp tak memasal turun je boat mmg period. Terkejut period tu gamaknya meloncat2 dia kat dlm perut
ReplyDelete