Tuesday, 13 January 2026

LGK D1: (1) Langkawi SkyCab & Skybridge


LGK = Langkawi 

Alhamdulillah selesai sudah urusan sekolah anak³. Marilah kita throwback kisah Cuti² Langkawi kami sekeluarga akhir tahun 2025 dan awal tahun 2026 ni. Setahun ye bercuti ahak! 

Dari Jeti Kuala Perlis, kami meneruskan perjalanan ke pulau lagenda Langkawi. Selain Jeti Kuala Perlis (JKP), kita juga boleh ke Langkawi melalui Jeti Kuala Kedah. Pilihan utama kebanyakan orang adalah JKP. 

Bercuti ni untuk meraikan Abang yang baru habis SPM dan juga reward untuk anak⁴ yang memperoleh pencapaian membanggakan untuk sesi persekolahan lepas serta meraikan ulangtahun perkahwinan Ummi Walid. Asalnya Ummi Walid honeymoon di Langkawi lepas kahwin lebih 2 dekad yang lalu. Jadi every 10 years or so kami akan ke Langkawi. Ini kali ketiga Ummi dan Walid, kali kedua utk Abang, Angah & Kakak dan kali pertama bagi Adik. 


Selesai bersarapan, kami terus menuju ke kaki Gunung Machincang, Langkawi untuk menaiki SkyCab Langkawi (cable car). Kami pilih slot terawal iaitu jam 0930. 

Nak naik atas tu... 


Sampai sini sekitar jam 0915, ada yang sedang beratur untuk beli tiket dan ada yang dah beratur untuk naik gondola. Kami beli tiket secara online, jadi boleh terus scan tiket. Tiket online ni perlu dicetak. Kami 6 beranak bermakna 6 helaian berlainan perlu di-scan untuk melepasi pintu masuk. 

Harga tiket kami 6 beranak RM260.00.
Harga tiket fast lane lebih mahal. 

Harga tiket kami termasuk admission ke : 
- SkyCab 
- Skybridge 
- SkyDome
- SkyRex
- 3D Art Museum 

Gambar ni diambil sekitar jam 0925, tengah beratur nak naik gondola. Keadaan di luar masih lengang. 

 Jom! 
1 gondola standard boleh muat 6 orang (480kg).  

Melepasi Machincang Petland 
Nampak unta la :) 

Ini kali ketiga Ummi naik cable car di Langkawi ni. Paling seram bagi Ummi ialah bila hampir sampai di Middle Station (MS). Agak menegak cara naiknya. Bila selamat sampai di MS, barulah terasa lega. 

Sampai di MS, turun untuk menikmati keindahan panorama alam. 

Di belakang Angah tu, Eagle's Nest Skywalk (ENS). Ada extra fee untuk masuk ke situ. Selain cafe di ENS tu, ada satu lagi kafe  yang kita boleh walk in tanpa bayaran masuk. 

Breathtaking view subhanallah 

Skybridge nun di seberang sana. Kena sambung pendakian dengan cable car untuk ke sana...

Jom sambung pendakian... 

Terserempak dengan dinosaur la pulak 😁

Gondola ni takde aircond
Puteri² lilin dah kepanasan :p 
Cuaca terasa panas walaupun kita berada di atas gunung. Beza dengan 11 tahun lepas, terasa sejuk. 

Cadangnya nak ke Skybridge
Tapi bila tengok trek yang kena lalu tu, tak sanggup rasanya. Berliku-liku dan bertangga serta curam.  

Nak mudah untuk ke Skybridge ni naik Skyglid. Tapi bayaran lain pula. Jadi kami jalan² ambil angin saja di stesen kedua ni. 

Love lock
Penuh la sepanjang jalan tu. 

When the sky meets the sea...

Platform di atas ni dibina untuk kita tengok pemandangan 360°. Ada sebelah sini menghala ke Thailand. Sebelah sana pulau² sekitar Langkawi. Ada sudut nampak marina Langkawi. 

Atas ni pun ada kafe dan kiosk jual aiskrim.
Satu cup aiskrim tu RM8.00. 
Maceh Walid belanja ... 
Selain kafe, ada tandas disediakan di atas ni.

Lebih kurang 2 jam di puncak Gunung Machincang ni, kami bergerak turun. 

Belakang gondola kami ada troli sampah 😅
Excited juga sebab baru tahu begini rupanya sampah dibawa turun dari atas bukit sana. 

Part menegak yang Ummi tulis 👆🏻
Masa turun tak seram, masa naik tu yang seram bagi Ummi. 

Sampai di bawah, pengunjung tersangat ramai. Beratur panjang dari nak beli/scan tiket hinggalah yang que untuk naik gondola. Alhamdulillah kami datang awal. Lagi lambat naik ke atas, makin panaslah di atas sana. 

Alhamdulillah Langkawi SkyCab checked

Perkongsian Tips;
#1: Beli tiket secara online - jimat masa 
#2: Datang awal to beat the crowd dan to enjoy morning breeze atas gunung sana 
#3: Isi perut dulu - jimat kos  






5 comments:

  1. Orang lain bercuti kejap je. PH bercuti setahun tu. Seronok dapat ke Langkawi ya.

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah..rezeki Ummi 3x dah ke Langkawi..Linda belum pernah pergi lagi...kikiki

    ReplyDelete
  3. Wahh..best ni..Kami belum pernah smp lg..In Shaa Allah 1 day =)

    ReplyDelete
  4. Untung eh, sampai setahun tu bercuti sambil mengimbau kenangan masa honeymoon, hihihi.

    ReplyDelete
  5. SA x pernah lagi naik Langkawi Skycab ni...kena pergi nanti ni..dah ckp ngan suami next anniversary kami nak cuti berdua kat sini...hehehe..langkawi pilihan sebab suami last pi Langkawi masa sekolah rendah..hahaha

    ReplyDelete