Alhamdulillah hari ni 13/1 Kakak melangkah ke alam sekolah menengah dan mendaftar masuk ke asrama.
Setakat tengahari tadi, waktu kami tinggalkan Kakak, dia okay. Adalah juga menitik sikit airmata Kakak. Ummi pun sama, tapi kuatkan semangatlah kan... Walaupun 2 anak dah pernah masuk asrama, tetaplah hati kita tak keruan dan keresahan. Pandai² bawa diri dan buat kawan ye Kakak ... Semoga yang baik² saja untuk Kakak dan kawan² seangkatannya.
Sayang Ummi tengah beratur untuk daftar kelas... Ada beberapa orang kawan SRAI dapat masuk sini juga alhamdulillah ada geng.
Selesai proses pendaftaran asrama dan kelas, ada taklimat di dewan.
Sejak tahun lepas, ada penambahbaikan Kurikulum Tahfiz ni. Untuk F1, akan mula hafal Juz 1 dulu. Biasanya TMUA ni mula hafal Juz 30. Juz 1 tu tough la kan, ayat Surah Al Baqarah panjang². Apapun Ummi doakan Kakak dan kawan² terang hati dan mudah menghafaz 🤲🏻
Selamat berjaya Kakak ❤️
Alhamdulillah.. tahniah kakak , tahniah juga buat PH dan suami.. bakal ada penghafaz alQuran yang ketiga dalam keluarga..Allahuakbar, besar rahmat dan nikmat...semoga yang baik² untuk kakak...aamin.
ReplyDeleteLega sikit rasa hati kalau ada seorang dua kawan anak yang sudah dikenal di asrama yang sama. Tahniah PH dan anak.
ReplyDelete