Friday, 16 January 2026

Intai Kakak Antara Nampak ☺️

Minggu ni memang aktiviti mak² seluruh Malaysia mengintai anak² rasanya... Tak kisahlah anak masuk tadika ke, darjah 1 ke hatta Tingkatan 1 pun. Yang anak masuk asrama, pantang cikgu up gambar laju je teropong anak masing². Kan Linda? 😁

Alhamdulillah cikgu² dan warden sekolah Kakak rajin sungguh berkongsi gambar. Terubat juga rindu Ummi kepada anakanda nan seorang ni.

Menikmati makan tengahari kali pertama di dewan makan bersama kawan² baru.

Sesi bersama warden sebelah malam... 

Pendaftaran Koko...

Ceria ❤️

Tour asrama
Kakak senior demo cara gosok baju πŸ‘πŸ»

Pagi semalam pun ceria alhamdulillah. 

Malam tadi Ada program di dewan. 
Ada makan² juga tu... 

Ada kejutan manis untuk anak² kelahiran Januari. 

Pagi Jumaat ada sesi senaman. Kemudian naik kelas untuk gotong royong. Senyum je tu, lega hati Ummi. 

Alhamdulillah so far so good. Cumanya adalah nangis² sikit masa awal² tu. Sikit je tau Uncle Gedek :p 
Biasalah tu, sementara nak biasakan diri. 
Ummi tau Kakak strong 😘

7 comments:

  1. Semoga baik2 sahaja untuk si kakak

    ReplyDelete
  2. Belum ada sindrom intai anak buat masa ni. Hihi.

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah.. bagus kakak gembira.. abang mu'az merengek kat ibu dah nak keluar asrama.. haduih, dari ibu seronok nak jawab telefon..jadi risau pula nak angkat, takut jadi ghimau.. hahaha..tapi tadi wak mas dah DTG melawat..ok je nampak pula..adoi..drama lah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Abg Muaz mcm Angah dulu la... Takde kawan katanya. Masuk asrama 2-3 hari sblm puasa, homesick berjemaah la :)
      Bila dah dapat kawan tu, seminggu sekali pun payah nak call πŸ˜‚
      AM pun lama² okay tu, sementara nak biasa.

      Delete
  4. Baiklah... uncle percaya nangis sikit...
    Tapi dalam kereta nangis banyak kan? Hehehehe

    ReplyDelete
  5. sronok tengok ibu bapa share pengalaman anak2 baru masuk sekolah. anak buah saya yg nombor 2 baru masuk sekolah rendah tahun ni :D

    ReplyDelete