Thursday, 29 January 2026

Cucur Ubi

Kami panggil cucur ubi, bahasa bakunya keledek goreng :) Makanan favorite Ummi ni, nak² yang arwah Tok buatkan. Dulu kalau tak cucur pisang, cucur ubilah yang paling kerap Tok sajikan. Makan time panas² pun Ummi suka, kalau dah sejuk pun Ummi suka. Kadang bila Tok keluar menoreh, lapar² angkat tudung saji jumpa cucur ubi ni gembira bukan kepalang πŸ˜„

Cucur ubi ni antara makanan yang kerap juga muncul dalam menu berbuka puasa kami selain agar² merah. Arwah Tok Wan wajib ada kuih buah Melaka time berbuka. Ummi pula kalau ada cucur ubi ni, tak pandang dah buah Melaka tu. 

Semalam Kakak puasa perdana (puasa ramai² di asrama). Ummi di rumah pun gorenglah cucur ubi ni, tumpang vibe puasa :) 
Sambil makan, sambil imbau kenangan berpuasa dengan ayah bonda dulu². Rindu πŸ₯Ή 


4 comments:

  1. Keledek goreng ni kena nipis baru sedap. Kalau tebal tak minat sangat.

    ReplyDelete
  2. Suami saya suka beli keledek goreng ni, di gerai goreng pisang.

    ReplyDelete
  3. Arwah 'tok' kami cucuq yang paling power ialah Lepat Liat.

    ReplyDelete
  4. Suka juga cucur ubi, menu berbuka yang mudah untuk disediakan berbanding juadah berasaskan ubi yang lain contoh kuih keria, cucur badak dan sebagainya.

    ReplyDelete