Singgahan pertama di R&R Tapah untuk toilet break. Ummi beli keropok lekor, Walid beli kopi.
Singgah lagi untuk toilet break di R&R Gunung Semanggol (Bukit Merah). Walid beli roti kahwin. Makan lagi :)
Singgah sat di Butik Kak Nab (Tik Toker) di Mentaloon sebab ada sale hujung tahun katanya. Tak banyak barang yang tinggal, last day sale orang dah grab awal agaknya.
Late lunch di sebuah warung masakan kampung di Pumpong. Lauk dah hujung² tapi ada sup daging panas² atas kuali, minta semangkuk. Berseleralah makan ada sup panas.
Petang keluar ke pekan Jitra. Wajib singgah beli Nasi Lemak Bundle depan SMK Mahawangsa. Nasi lemak bungkus dgn pelbagai jenis lauk. Padu!
Tujuan utama ke pekan Jitra nak ke Nagoya. Pergi M3 Mall bulan lepas, Nagoya dekat situ dah pindah ke Aeon Big Wangsa Maju. Suka brli kain di Nagoya. Selain banyak pilihan dan lebih murah jika nak dibanding dengan jenama popular lain, sales assistant Nagoya tak pushy.
Tenang, damai dan mesra ❤️
Alhamdulillah.
#maaf tak sempat blog walking 🙏🏻
Alhamdulillah seronok kan balik kampung.
ReplyDeleteBanyak aktiviti ni bila balik kampung. Semoga dipermudahkan semua urusan PH sekeluarga.
ReplyDeleteAkhirnya setelah lama tidak pulang ke kampung.
ReplyDeleteWah cari kain untuk baju raya ya? Maknanya bukan beli baju dah siap.
gambar last tu cantikkk nampak damai sgt!
ReplyDeleteWahhh...Best ni dpt blk kg =)
ReplyDeleteTu diaaa... sampai Kedah dah...
ReplyDeleteSelagi tak sampai destinasi memang ada je benda yang nak dibeli... nak bagi hilang ngantuk driver (+ rakyat jelata 😆)
seronoknya balik kampung... gerak pukul berapa tu? sempat lagi membeli belah di waktu petang di kedah... jalan tak jem ka?
ReplyDelete