23/1 genaplah sebulan Abang bergelar lepasan SPM. Setakat ni memang duduk rumah je. Selalu jadi runner Ummi la untuk ke kedai beli barang. Selain tu, dalam proses nak ambil lesen memandu.
Tapi ada juga Abang cari² kerja... Hari tu pergi Laundrybar ada kerja kosong. Kena scan untuk info. Pihak sana ada contact Abang. Tapi mereka cari pekerja yang umurnya 18 tahun dan ke atas. Abang belum genap 18 tahun. Lahir pulak bulan 11, lambat lagilah nak cukup umur tu. Jadi, kena reject.
Kemudian dia nampak iklan untuk jadi tenaga pengajar KQO (Kelas Quran Online) ni. Sebelum tu Ummi vetting dulu, risau takut scammer ke apa kan. Legit ✅
Bila Abang contact, sama juga kriterianya; depa cari calon berumur 18 thn ke atas. Kena reject lagi ☺️
Ummi cari juga info...ada yang kata boleh kalau lepasan SPM tak cukup umur ni nak bekerja tapi kena ada surat kebenaran parents. Dan ada juga yang bekerja gaji hari macam di kedai makan atau katering yang terima lepasan SPM.
Setakat ni Abang pun belum bersungguh nak bekerja jadi Ummi pun takdelah menyuruh atau menghalang. Kalau dia nak kerja pun Ummi suka, dapatlah pengalaman dan isi masa dengan perkara berfaedah. Dapat bergaul, improve communication skill, time management dsbnya. Selain tu dapatlah rasa susah cari duit. Sekarang semuanya provided.
Try F&B pulak atau kedai² dalam mall. Beritahu nak buat partime je.
ReplyDeleteDulu anak² akak masa tunggu SPM .. terus hantar Tapah rumah ummi belajar kereta ambil lesen. Abang ipar ada driving school. Macam Abang Imi dapat lesen terus pergi cari kerja kilang. Kebetulan area Meru tu kawasan kilang.
kena reject pun pengalaman..tak lama dah abang duduk rumah tu,UPU pun dah nak buka ni,agak2 sebelum raya ke result SPM
ReplyDeletepengalaman berharga tu abang...moga terus berjaya ye.
ReplyDeletetak sure plak psl kena umur 18 baru boleh start keje yer...may be sbb umur 18 baru boleh bukak akaun bank atas nama sendiri...
ReplyDeleteBelum cukup umur tu...tapi kalau bekerja dengan keluarga sendiri boleh saja tanpa kira umur
ReplyDeleteOh laaa... Tarikh lahir hujung tahun pun depa berkira naaa ..
ReplyDeleteTak apa la abang, blom cukup umur mmg susah nak dapat kerja...Dania dulu pun sama gak...last2 rezeki dia lepas cukup umur..duduk rumah jaga adik dan tolong ummi ye
ReplyDeleteSemoga ada rezeki dapat pekerjaan. Saya masa tunggu SPM dah start kerja.
ReplyDeleteDuduk rumah pun ok boleh tolong ummi kemas rumah. Hihi
ReplyDeleteKalau FOS dan Coffee Bean boleh terima belum cukup 18 sebab Dania dan kawan dia ni masing2 tak cukup 18 tahun pun kerja kat sini. Keduanya birthday bulan 11 jugak. Hehe
ReplyDelete