Alhamdulillah dah masuk 1 Rejab dan 1 Jan 2025. Sekejap saja berlalu rasanya tahun 2024; bersulam suka dan duka itulah corak sebuah kehidupan. Tanpa hujan, takkan hadir pelangi. Tanpa ujian takkan berbuah sabar. Tanpa amal takkan berbuah iman.
DOA Ummi untuk semua agar setiap hari yang kita lalui di sepanjang tahun 2025 ni; dipermudahkan oleh-Nya, diberi kita kesihatan yg baik, rezeki yang luas lagi berkat, dijauhkan dari segala musibah dan bertambah amal ibadat kita. Kita semua sedang berjalan menuju ke negeri abadi. Dunia semakin hari semakin jauh kita tinggalkan. Itulah hakikatnya.
Diberi kesempatan oleh Allah SWT utk bertemu lagi dengan bulan Rejab adalah satu rahmat. Bulan mulia yang secara automatik mengingatkan kita bahawa kita sudah menghampiri bulan seribu rahmat; Ramadhan yang mulia. Aura tu dah terasa kan...
Semoga yang baik² utk kita semua 🤲🏻