Tuesday 9 July 2024

Menuai Belimbing Buluh

Pagi Sabtu nan mendung, ajak Abang tolong petik buah Belimbing Buluh yang sedang lebat berbuah dan sedia dipetik. 

Alhamdulillah, lumayan hasilnya 🤲

Adik pulak tolong Ummi masukkan dalam plastik² kecik, nak agihkan kepada jiran². 

Abang tolong agihkan ke lorong belakang. Adik dan Angah bagi dekat jiran² selorong. Tiba² ada kereta berhenti, minta nak beli BB ni. Tinggal 2 plastik je, utk Cik Ana & Cik Nora. Ummi suruh sedekah yg bahagian CN tu, sebab kebetulan takde orang di rumah. Angah bagitau Akak tu bagi juga RM5 sorang dekat depa dua. Duit raya katanya. Allahu Akbar, segan la pulak. Kalau ada extra memang Ummi bagi je tapi memang semua dah diagihkan. Yang belum dapat Insha Allah ada rezeki next time kita kongsi. 

Ini buah sulong Durian Belanda Aunty Farah. Seronok dia tengok BB Ummi lebat berbuah, dia pun share gambar buah DB dia. Alhamdulillah elok buahnya walaupan tak besar mana. Manis kata AF. 

Benih sama dengan pokok yang dia bagi Ummi. Pokok durian belanda Ummi pernah berbuah juga, tapi buahnya busuk. Kena tebuk dengan penyengat/lalat buah rasanya. Tak balut putiknya :( 

Alhamdulillah. 




11 comments:

  1. Tak reti mkn belimbing buluh ni..

    ReplyDelete
  2. belimbing buluh ni kami buat masak lemak selain dr letak dlm kuah gulai nasik dagang... yumm yumm yumm.. kalau org suka masam mmg suka la belimbing ni.. kecur liur nengoknye...

    ReplyDelete
  3. masak lemak kuning dgn ikan sungai adoiii
    kalu arwah mak dulu masak
    sedappp sgtt

    ReplyDelete
  4. wahhh belimbing buluh masuk dlm masak lemak cili api ngam ho! durian belanda ni antara buah rare ssh nak jumpa sekarang!

    ReplyDelete
  5. Wah…lumayan hasil tuaian belimbing buluh PH. Besar pulak tu. Dulu masa rumah mil banyak hasilnya, saya ambil buat jeruk.

    ReplyDelete
  6. Dulu kat rumah sewa lama di Sarawak pun ada pokok belimbing buluh belakang rumah, sampai gugur buahnya ke tanah sebab saya tak reti nak masak apa belimbing buluh ni. Jadi bila ada cleaner datang ke rumah & mintak belimbing buluh saya bagi je dieorg petik sepuas-puasnya hehe.

    ReplyDelete
  7. lama tk mkn buah durian belanda

    ReplyDelete
  8. Alhamdulillah rezeki buah lebat, ada pula memberi duit walaupun nak sedekah. Syukurkan. Saya baru nak cuba tanam durian belanda.

    ReplyDelete
  9. Alhamdulillah
    Rejeki dikongsi bersama

    ReplyDelete
  10. Alhamdulillah , dari bazir sahaja buah berguguran ke tanah ., why not sedekah sikit untuk jiran² kan

    ReplyDelete
  11. Jadi ingat dulu saat masih tinggal di Aceh, kebun rumah banyaaak pohon buah. Termasuk ada pohon belimbing wuluh ini dan sirsak. Di sana sebut durian Belanda yaaa. 😊

    Awalnya saya tak suka sirsak. Aneh bagi saya. Tp lama2 ntah kenapa JD sukaa 😄

    ReplyDelete