Thursday 11 July 2024

Daging Masak Merah (Che Nom)

Malam tadi terasa nak makan ala² menu kedai tomyam. Daging korban pun masih berbaki, bolehlah masak Daging Masak Merah. 

Bahan²
1/2 kilo daging lembu - Ummi rebus dulu dalam pressure cooker 
Air secukupnya
Sedikit pewarna merah
Minyak secukupnya
1 mangkuk minyak
3 ulas bawang putih, cincang kasar
1 sudu besar cili kisar
3 sudu besar sos cili
3 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos tiram
1/2 batang carrot, hiris nipis
7-8 biji cili padi, belah 2
2 sudu besar sos ikan
1/2 mangkuk air rebusan daging
1 biji tomato, belah 6
1/2 biji bawang holland, hiris membulat
3-4 helai daun limau purut

Caranya:
1. Hiris daging, dan gaulkan bersama pewarna merah. Yang putih2 tu lemak beku, sebab daging Ummi dah lama terendam dalam air rebusan sebelum dihiris. 

# Resepi asal letak pewarna merah masa rebus daging. 
2. Panaskan minyak dan goreng daging hingga sedikit garing. Angkat dan ketepikan. 
3. Kurangkan minyak dan tumis bawang putih hingga kekuningan. 
4. Masukkan pula cili kisar hingga naik bau dan terbit minyak. 
5. Masukkan daging yang digoreng tadi. Kacau-kacau sekejap.
6. Masukkan sos cili, sos tomato dan sos tiram.
7. Masukkan hirisan karot, cili padi, sos ikan dan air rebusan daging. Masak sekejap sehingga bahan bergaul sebati.
8. Masukkan tomato, hirisan bawang holland dan daun limau purut yang dicarik-carikkan. 

Daun limau purut tu Ummi frozen-kan. Masih segar kan? 
9. Perasakan dengan garam, gula dan serbuk perasa sekiranya perlu. Bila sayuran sedikit layu, tutup api. Siap! 

Terima kasih Che Nom utk resepi yang sedap dan mudah ni 🌹

Kerabu Mangga Bersantan (style Tok), Tomyam Putih (resepi SK,), telur dadar minyak kurang panas 🤭 dan Daging Masak Merah. Setel menu kedai tomyam kita :p 

Selamat mencuba 🤗 

P/S: Tqsm SK utk resepi Tomyam Putih tu. Next time nak repeat with more flora & fauna :) Yang ni takde sayur & seafood


22 comments:

  1. Yumm yumm terasa sedapnya di tekak ni. 😋😋

    ReplyDelete
  2. Nampak senang je resipinya. Daging masak merah ni favourite asben tapi biasa dia order sekali dgn nasi goreng USA 😋

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, ngam kalau regu dgn nasi goreng USA tu 👍

      Delete
  3. Sedapnya tu nampak makan dengan nasi je cukup dah 🤤

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, tapi teringin nak makan ala kedai Thai, kita gandingkan dgn tomyam & telur dadar :)

      Delete
  4. tak habis lagi daging korba ye PH, kak ana hari tu ambil sekilo je 3 kali menu gak nak habiskan , alhamdulillah...

    ReplyDelete
  5. wahhh lauk ni mmg tak tolak sedapnyaaa PH! hehe

    ReplyDelete
  6. wahh... cantik kejadiannya tu.

    ReplyDelete
  7. Thanks for the resepi... Blm pernah masak daging masal merah ni huhuuu...

    ReplyDelete
  8. kalau ldy masak, mesti ldy rujuk cik nom juga.. sb che nom ajar satu2 dan jelas.. wlpun sekali buat terus menjadik :D

    ReplyDelete
  9. tgh puasa tgk plak menu ni...sedapnya...suka menu daging masak merah kalo mkn kt kedai tomyam tp tkpernh try buat sendiri lg..nanti bole cuba resepi che nom ni

    ReplyDelete
  10. Sedaaaapnya kak 😍😍🤤. Rindu pula makan daging atau ayam masak merah di sana 😄. Lauk fav saya

    ReplyDelete
  11. Nampak menyelerakan la PH. Macam makan kat kedai tomyam. Saya pun selalu ikut resipi Che Nom juga.

    ReplyDelete