Tuesday 2 July 2024

Abang ~ Leadership Camp @ Kem Permata, Melaka

Kem Kepimpinan Tingkatan 4
7-9 Jun 2024 I Jum- Ahad 
Kem Permata Resort, Melaka 


Abang ke Melaka awal bulan lepas, ada leadership camp. Objektif program sebagai persediaan untuk mengambil alih kepimpinan sekolah sementara F5 nak fokus kepada SPM. Bersama para pelajar ialah guru² halaqah mereka seramai 15 orang. Batch Abang 148 orang, 4 buah bas semuanya berkonvoi ke negeri Hang Tuah. 

Menerima amanat dari PK HEM sebelum berangkat. 

Bergambar kenangan bersama Tn Pengetua. 

Persinggahan pertama, Masjid Al Jauhari, Alor Gajah untuk solat Jumaat dan khidmat sosial. Pihak masjid pula menyambut baik kedatangan anak² permata Al Quran dgn menjamu makan tengahari alhamdulillah. 

Seharian dok teropong Abang dalam gambar² Ustaz/Ustazah share akhirnya dah sampai di kem baru nampak muka anak soleh sorang ni 😁 

Terus ke dewan, ingatkan boleh rehat² :D 

Malam tu juga ada night walk... Masuk kebun kelapa sawit kata Abang...

Esok pagi pula diorang ada qiyamullail...
Senaman pagi.
Fasi semua macam abang² askar 😅
Larihan/aktiviti pun boleh tahan lasak juga.

Kemudian jungle trekking...
Balik tu baru diorang bersarapan. Kemudian sambung lagi aktiviti...

Masak memasak ...

Petangnya pula ada outdoor activities antaranya river crossing...


Kena rendam dalam sungai :D 

Kemudian sambung lagi outdoor activities... Kem ni lengkap serba-serbi. Bilik pun ada aircond. Setiap orang bayar RM250 untuk program 3H2M ni termasuk makan, tempat, fasi, aktiviti... Kata Abang ada juga team Bomba berprogram di sini sama hari dengan sekolah Abang. 

Perbincangan berkumpulan, untuk program sebelah malamnya pula... Padat sungguh aktivitinya. 

Kemudian sambung lagi aktiviti. Tidur lewat kata Abang. 

Last activity di kem sebelum balik, tower challenge. Group Putera menang rasanya...

Majlis penutup. 

Checked out from the camp. Plan asal nak masuk bandar, melawat sekitar Bukit St Paul, tapi sebab dah behind schedule depa singgah di A Famosa Premium Outlet. 

Window shopping je la 😁 Abang nak beli kasut futsal, tapi tak cukup bajet hihi... Duit ada RM50 je. Sepasang RM70, tapi kalau beli 2 pasang RM100 je. Takde member yang nak beli kalau tak boleh split the cost

Pukul 9.30 depa singgah solat di Kajang kemudian ke Lotus untuk makan malam. Tersasar sikit perancangannya sebab PLUS highway jam. Ada accident dekat Exit Bandar Ainsdale, treler terbalik rasanya. Apapun alhamdulillah pukul 11 malam selamat sampai di asrama. 

Satu program yang sangat bermanfaat dan membekas di jiwa anak² GEXXIN 👍




4 comments:

  1. Seronok aktiviti macam ni. Bila dapat je gambar mesti kita cari muka anak kita. Walaupun kecik je gambarnya pasti kenal. Hehe.....

    ReplyDelete
  2. Bestlah aktiviti macam ni buat di luar sekolah.

    ReplyDelete
  3. good activity. seronok dan penat dah pasti. tp program cam ni mmg berbaloi pegi.

    ReplyDelete
  4. best aktiviti gini. memori indah utk anak2 kita pastinya

    ReplyDelete