Abang ada game bola. Mula tu depa set nak lawan dengan team sekolah lain di Cheras, tapi tukar venue sebab Cheras tu jauh dari tempat tinggal masing² agaknya. PIC kemudian booked padang di Arena Sukan Kuala Lumpur. First time Ummi pun tahu kewujudan tempat ni.
Tempat ni nampak baru, lengkap dengan pelbagai kemudahan untuk disewa; badminton court, futsal court, netball court malah ada swimming pool. Entry fee untuk swimming pool RM12/person/hour kalau tak silap. Jogging track pun ada. Setiap kemudahan ni dikenakan bayaran pada kadar tertentu.
Padang bola boleh sewa satu padang atau separuh padang. Separuh padang ni utk budak² la kot. Geng Abang sewa the whole padang, 2 jam pulak tu. Very ambitious haha... Tup² team lawan tarik diri, tak cukup orang. Main sesama sendiri je la, ngam² 20 orang plus 2 orang pemain import; Angah dan adik kpd kawan Abang sorang lagi.
But bola baru, beli sehari sebelum di Coneli Sports Sri Gombak. Semangat ye anak² Ummi :) Harga RM99.80 sepasang, pakai duit raya depa. Lega Ummi 🤭
Arena Sukan Kuala Lumpur
210, Jalan Ayer Jerneh,
Mukim, Setapak,
53200 Kuala Lumpur
No Tel: 03 4023 3003
Dibuka jam 7.00 pagi hingga 1.00 pagi setiap hari.
wahhh menarik ni!! esp sbb ada swimming pool tu..bolehlah i usha2 utk my boys
ReplyDeleteSeronoklah dorang PH. Fiza pun kadang2 anak2 request guna duit raya dorang bila nak sesuatu.
ReplyDeleteBagusnya ada tempat gini. Lengkap semuanya.
ReplyDeleteBeli kasut bola guna duit sendiri, nampaklah 'hasil' duit raya tu kan 😀
Menarik juga arena ni ya cumanya pun tak tahu kewujudannya.
ReplyDeleteHeheh br tau gak kewujudan tmpt ni..jarang pegi belah2 situ
ReplyDeleteWaaa... Hebat hebat kalau dah berlatih di sini .. boleh walk in ke tmpt ni?
ReplyDeleteCantik warna but bola tu
ReplyDeleteBaguuus kalo ada arena sukan lengkap seperti ini. JD bagi anak2 yg nak berlatih, at least mereka ada tempat dan fasilitasnya
ReplyDelete