Wednesday 3 July 2024

Bikin Kuih Lapis


Sedari pagi teringin nak makan kuih² manis, tapi malas nak keluar pergi beli. Solusinya, kita rajinkan diri 💪 

Alhamdulillah semua bahan pun ada; 
2 cawan tepung beras
1 cawan gula pasir 
½ cawan tepung gandum
½ cawan tepung jagung 
1 kotak kecil santan 
Sedikit garam 
3 cawan air 
Sedikit pewarna pilihan 

Let's go! 
1. Satukan tepung beras, gula pasir, tepung gandum, tepung jagung, garam, santan kotak dan air. Gaul sebati semuanya 
2. Tapis adunan ke dalam bekas lain
3. Bahagia adunan kepada 2. Ummi bahagi +-2 cawan setiap adunan. Satu adunan biarkan warna asal, manakala 1 adunan lagi letak pewarna pilihan dan gaul sebati 

4. Panaskan kukusan. Balut penutup agar air kukusan tak menitik atas kuih nanti 
5. Sapu minyak pada loyang 
6. Ambil 1 cawan adunan putih, tuang ke dalam loyang. Tutup pengukus dan kukus 5-6 minit (setiap lapisan). Kalau lapisan masih ada bahagian cair, kukus lagi supaya adunan putih dan berwarna tidak bercampur. 

7. Ambil pula adunan berwarna dan tuang ke dalam loyang. Ulang proses #6 hingga habis semua adunan. 
8. Kukus 30 minit lagi atau hingga kuih lapis masak sepenuhnya. Ambil lidi, cucuk kuih. Sekiranya kuih tak melekat di lidi, kuih dah masak dan boleh tutup api. Angkat loyang dan sejukkan. Bila dah sejuk baru potong
9. Sedia untuk dinikmati. 

Lapisan 3 & 4 bercampur, salah teknik. Sepatutnya bagi lapisan bawah keras dulu baru tuang adunan utk lapisan seterusnya (step #6). Lurus sangat Ummi ni, cukup 6 minit je terus tuang adunan seterusnya 😅 Walaupun begitu, dari segi rasa tak kalah ye :p 

Terima kasih Lesung Pipit untuk resepi yang mudah dan menjadi ni, walaupun tidaklah sempurna kejadiannya. Amatur khennnn :) 

Selamat mencuba 🤗

11 comments:

  1. Wah...rajin PH.
    Rupa nampak menarik walaupun tak jadi lapis macam biasa, yang penting rasanya menjadi 👏

    Saya belum pernah cuba buat kuih lapis ni 🤭

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kadang² tu bila teringin sesuatu jadi tak tertahan² haha ... Buat je la 😁

      Delete
  2. lama tk mkn kuih lapis ni....pandai buat sdiri walaupun lapisan tu dh bercampur janji puas mkn bila buat sdiri

    ReplyDelete
  3. Orang rajin aje mampu buat kuih lapis ni, PH. Tapi tu la, harga dia sama aje dengan kuih yang senang buat, tak payah mengadap berjam². Patutnya kuih lapis ni kena jual mahal sikit, kan, effort kpd si penjual.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul sangat SK... Masa melapis tu dok fikir ya Allah rajinnya orang yg buat/jual kuih ni kan... Sabar, teliti nak siapkan satu loyang ni bukan sekejap

      Delete
  4. wahhhh PH lagi rajin ni buat kuih lapis! ana blm ada kesabaran utk buat kuih lapis hehehe

    ReplyDelete
  5. Tapi bila bercampur warna jadi cantik la warna kuihnya ni PH. Yg penting rasanya tak kalah.

    ReplyDelete
  6. Dulu mak nieyl rajin buat kuih lapis ni...
    kalau buat. nieyl akan makan kupas 1 layer 1 layer hehehe..

    ReplyDelete