Monday 22 July 2024

Meeting KISB 2024

Selain Mesyuarat PIBG, Mesyuarat KISB juga wajib kami hadiri. Kami di sini ialah Walid :D Ummi pula biasanya ambil bahagian utk Hari Bicara Akademik sebab HBA ni biasanya hari bekerja manakala mesyuarat² tu biasanya hari Sabtu. 

Aturcara majlis. 
Selain tu, parents juga diminta memakai pakaian mengikut warna tema setiap tingkatan. Contoh F1 warna putih, F4 warna biru. Supaya senang nak kenal katanya. Kalau ada 2 orang anak kat situ kena mix & match agaknya parent/s tu :)

Ibu bapa yang berminat, berbakat dan punya kepakaran, digalakkan untuk menyumbang tenaga dan idea menerusi Skuad Lestari ni. 

Untuk potluck Ummi masak Mee Goreng sebagai pengganti diri 😆 Licin, terbukti mak bapak suka makan Mee Goreng berbanding anak² esp yang baya² Adik Kakak. Ingat lagi Ummi masa jamuan raya SRAI tempohari, Mee Goreng Ummi tak laku 😅 Hangpa selek nooo :p

Ramai yang bawa potluck 👍

Pengerusi KISB F4 sedang berucap.
Anak² F4 pun joined sekali perjumpaan lepas depa habis prep.  Depa ambik bahagian tang makan haha... 

Banyaklah agenda dan perancangan yang dibincangkan. Mudah-mudahan semuanya dipermudahkan oleh-Nya. Risau dah Ummi ni, pejam celik pejam celik dah nak masuk bulan 8. Sikit hari lagi dah masuk tahun baru. Then Abang naik F5. Semput! 

10 comments:

  1. Samalah semput. Ni Kyra complain kata dia tak berapa faham cikgu sekolah baru ajar addmath. dia prefer cikgu sekolah lama dia ajar. Alamak nakkkkk takkan ammi nak tukar cikgu tu kot.

    ReplyDelete
  2. Bagus sis dgn suami sama2 rajin join meeting sekolah. Kiteorang ni bila sekolah buat meeting pun cikgu tak hebahkan dalam group wassap.

    ReplyDelete
  3. Rindu zaman sekolah anak2. Kami suka join program2 di sekolah.

    ReplyDelete
  4. kann... golongan parents suka mi goreng, nasi goreng, bihun goreng. Golongan anak anak suka cheese tart, spageti, dan sekali makanan letak cheese

    ReplyDelete
  5. Perkataan 'selek' tu buatkan akak ketawa 😁😁
    Biasa anak2 kalau gaduh2 sesama mereka akan guna.

    ReplyDelete
  6. Mee goreng kita yang dewasa ni biasa makan. Anak2 ni nak pasta ke?....

    ReplyDelete
  7. bagus aktiviti gini tambah2 ada potluck plakkk

    ReplyDelete
  8. Nampak sedap mee gorengnya. Anak sy pun kurang gemar mee goreng.. selek betul!

    ReplyDelete
  9. Dulu Dania selek..x suka mee kuning...la ni makan sebab dia dah pandai x memilih dah, kadang siap pesan buat mee goreng daging ma..

    ReplyDelete
  10. Lepas meeting pibg ada potluck gini best juga

    ReplyDelete