Entry tertunda ๐
Nak cerita peria Katak pemberian SA sebelum raya haji hari tu Ummi buat Peria Goreng ala Mamak.
Senang je,esp bila ada tepung serbaguna (Ummi guna tepung Adabi) sebab dalam tepung dah dicampur segala macam rempah/perasa nak bagi sedap & seimbang rasanya.
Hiris nipis peria, buang biji dan empulurnya kemudian rendam bersama garam ½ jam gitu. Tujuannya nak kurangkan rasa pahit peria.
Kemudian toskan dan gaul bersama garam, serbuk kunyit, tepung serbaguna dan serbuk kari daging/ikan secukupnya.
Panaskan minyak dan goreng hingga keemasan. Angkat dan toskan.
Satu lagi, Peria Goreng + Telur pun sedap.
Tapi, kalau masak gini Ummi dengan Abang je makan. Walid dan Kakak tak berapa makan, berbanding goreng ala Mamak tu. Jadi, ikut majoriti saja, seronok bila semua makan. Adik & Angah memang tak masuk list, depa geng anti sayur ๐
Thanks again SA ๐น
Sedap peria.. Linda pun suka.. Kadang2 tumis pedas gitu je
ReplyDeleteAlhamdulillah..seronok berkongsi rezeki...ni Pak Zain tengah tanam batch baru, yg sblom ni dh nak mati Dan x keluarkan buah dah..bersih ganti pokok peria ni..
ReplyDeletealamaak alamak peria x pahit ke tu hehehe...
ReplyDeleteSelalu peria katak makan buat ulam je. Peria biasa tu buat goreng taucu. Nanti nak try la goreng tepung tu.
ReplyDeleteAssalamualaikum sis, sedapnya peria goreng ala mamak, nampak rangup, biasa guna bestari, boleh cuba Adabi terima kasih share . Adik nak masuk 13, baru cuba² nak memasak hehe..
ReplyDeleteAlamak PH, saya ni bukanlah geng anti sayur. Tapi cuma tak makan sayur peria je. Penakut pahit ๐
ReplyDeleteTapi tengok peria goreng tu, teringin jugak nak mencuba.
MZ tak reti mkn peria...mcm teringin nak try yg versi goreng ni
ReplyDeleteSebenarnya kalau gi Pelita nak makan roti canai ni memang ambik sepinggan kecik peria goreng ni. Sedap la buat kudap-kudapan. Tak pernah masak sebab takut pahit....Rupanya tu tips dia tak nak bagi pahit...
ReplyDeleteAkak pun peria goreng gitu baru semua orang makan.. kalau tumis akak je makan.
ReplyDeleteSedapnya… favourite saya ni.
ReplyDeleteOalaaah saya belum pernah coba pare di goreng. Sukaaa sangat sayur ini.
ReplyDeleteTapi Krn saya terbiasa makan pare muda yg masih kecil, JD biasanya makan mentah pakai sambel belacan. Sedaap Krn blm pahit.
Kalo yg sudah pahit, biasa ditumis pakai cabe rawit. Nanti nak coba digoreng ๐
Sedap peria ni ..lagi² kalau goreng tepung rangup² tu
ReplyDeleteSalam
ReplyDeleteAssalamualaikum, anda atau ahli keluarga ada masalah:
ReplyDeleteBacaan gula tinggi (10 ke atas, belasan, atau 20 ke atas)
mata rabun atau kaki luka akibat kencing manis
Sukar kawal gula walaupun dah cuba pelbagai petua dan herba
Jangan biarkan keadaan semakin serius!
Kami ada teh herba khusus yang:
Dihasilkan daripada herba terbaik untuk turunkan gula dengan cepat.
Selamat, tanpa bahan kimia berbahaya.
Tidak menyebabkan angin atau sakit urat.
Membantu luka kering dan sembuh sepenuhnya.
Melegakan sakit saraf akibat kencing manis.
Harga hanya seratus lebih untuk sebulan.
Jangan tunggu sehingga komplikasi lebih serius seperti amputasi. Rawat sekarang untuk kesihatan yang lebih baik.
Hubungi/WhatsApp:
Mohd Zuhairi Bin Noordin
017-468 7570
Insya-Allah, ikhtiar ini membantu anda.