Tuesday 9 July 2024

Wedding @ Renai Hall, Taman Gombak

Terima kasih Tn Hj Salleh yang jemput kami ke majlis perkahwinan anak lelakinya di Renai Hall, Taman Gombak Sabtu lepas. Besar hati kami bila jemputan dihulur secara personal oleh beliau sendiri. 

Dulu dewan ni dulu dewan komuniti rasanya. Sebab kami pernah datang ke warehouse sale di sini masa Abang Angah kecik² dulu. Ingat lagi ada snapped gambar depa 2 makan aiskrim kat luar dewan ni :D 

Cantik deko dalam ni. Mungkin ada wedding planner/caterer/event company yang sewa tempat ni dan dijadikan wedding venue

Sedap 👍

Walid ambil Mee Rebus. Ummi rasa sesudu dua je, kenyang makan nasi. 

Roti bakar! 
Dekat 15 minit juga Walid beratur baru dapat. Ada juga kuih muih lain spt tapai dan kuih koci, tapi Walid tak ambik pulak 🤭 

Masuk dalam kereta terus buka paper bag pemberian tuan rumah. Wah dapat telur masin dan sup bunjut! Happy sungguhlah seorang suri rumah ni 😁

Terima kasih sekali lagi THS sekeluarga. Selamat Pengantin Baru buat kedua mempelai 🌹

13 comments:

  1. Siap ada roti bakar lagi... Meriah nya..

    ReplyDelete
  2. Wah...rare sungguh ni PH.
    Ada roti bakar, lepas tu dapat pulak sup bunjut dan telur masin. Memang confirm guna, tak terbazir.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul²...
      Kos pun tak tinggi sangat kan, dan berguna juga 👍

      Delete
  3. Assalamualaikum sis, cantik dekornya, betul rare ada roti bakar, door gift sup bunjut dan telur masin, aduhai terberangan pula nak bagi goodies apa bila anak kahwin hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam...
      Amboi jauh fikirnya tu hehe

      Delete
  4. waahhhhhh rare doorgift tu! roti bakar pon rare jugak hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan... First time Akk pun jumpa stall roti bakar dekat wedding :D

      Delete
  5. dewan tu nama renai hall yer..ehh yg ni bkn dewan beringin kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye Renai Hall, area Greenwood MZ. Dewan Beringin lain :)

      Delete
  6. Tahniah buat mempelai dan keluarganya

    ReplyDelete
  7. Wah rare betul laa doorgift tu .. dah lama tak nampak bekas telur tue

    ReplyDelete
  8. Cantiiik deko pengantin 😍😊. Unik juga mereka sedia roti bakar ya. Belum pernah saya lihat ada stand roti bakar di pernikahan di sini 👍

    ReplyDelete