Wednesday 24 July 2024

Lunch @ Kapitan, Prima Sri Gombak

Ada restoran nasi kandaq baru buka di Prima Sri Gombak, baru buka minggu lepas (14.7). Nando's dah tutup, jadi restoran baru ni mengisi kekosongan yang ditinggalkan :) 

Walid kata Kapitan ni terkenal. Ummi pula tak familiar dengan jenama Kapitan ni, tapi bila cari info betullah, Kapitan ni terkenal rupanya, milik usahawan dari Penang;  Abdul Wahab Mohamed Hanifah. 

Cawangan di PSG ni yang ke-9. 

Beratoq sat nak ambik nasi dan lauk...
Deko dia lawa 👍
Kerusi pun cantik, empuk je :) 

Syahdu.... 

Usha² juga lamb shank dia, RM58/pcs. 
Next time Insha Allah 

Nasi kandaq Penang, lain rasanya dari nasi kandar kedai mamak yang kebanyakan pekerjanya dari India/Pakistan. Kapitan ni pekerjanya ramai orang lokal. Vibe dia lain. Yang cedok nasi dan lauk pun anak² muda Melayu, senang nak berinteraksi. Ramah² belaka, orang Penang kan :) Pekerja asing lebih kepada tukang bersih meja dan hantar air. 

Pukul 11 pg hingga pukul 11 mlm sesi nasi kandar. Sebelum tu, dari pukul 7 pg hingga pukul 11 pg ada menu sarapan; 

Nanti nak try bawa anak⁴ breakfast sini. Nampak menarik menunya. 

Ruang makan selesa, banyak tempat duduk dalam dan luar restoran. Bahagian dalam berhawa dingin. Cantik pun cantik, kedai baru renovated kan. Ambient selesa selain tak crowded dan tak bising 😌 Bolehlah menikmati makanan dengan penuh penghayatan :D 

Nanti kita repeat Insha Allah. 

17 comments:

  1. Eh, Nando's kat Prima SG dah tutup? Tak laku ke? Cantik restoran Kapitan ni, Insha Allah kalau lalu belah sana lagi boleh la singgah try nasi kandar kat sini.

    ReplyDelete
  2. so far belum singgah lagi sini..kami anak2 beranak tak berapa gemar sgt menu nasi kandar tp kalau sekali sekala ok jer (time craving)...sedey laa nandos dh tak ada....nandos tu fav mr hubby dan kerap lah jugak kami mkn kat situ wpun tak berapa murah harganya esp lps diaorg revise harga (dulu2 tak semahal sekrg)

    ReplyDelete
  3. cantik deko dia la...bagus la tempat makan kena selesa,harga berpatutan, baru org akan dtg lagi nanti

    ReplyDelete
  4. wahh.. ada kelas tersendiri restoren ni.
    Nampak pun selesa.

    ReplyDelete
  5. Kita pun baca penuh penghayatan jugak ni PH. Dah terbayang² nasi kandar tapi kalau dapat yg kapitan ni memang marvelous!!!!

    ReplyDelete
  6. oh ganti nandos ye kapitan br buka....kt shah alam ni femes gk la tp sbb kita xmkn sgt nasi kandar so tkde la try

    ReplyDelete
  7. Cantik ruangan di dalam restoran.. Makanan kalau sedap mmg kena repeat la..

    ReplyDelete
  8. Baca menu breakfast tu, jadi teringin nak mencuba.
    Tempat makan pun nampak sangat selesa, syok nak menjamu selera.

    ReplyDelete
  9. aritu dah pasan mana hilang nandos.. laaa rupanya kedai ni dah amek... adoiii terpaksa cr port nandos baru heheh

    ReplyDelete
  10. Apabila rasa selesa dan sedap makan di satu-satu restoran, memang ada hasrat hendak datang lagi kan PH.

    ReplyDelete
  11. Nampak sedao tu . Banyak juga ya portion

    ReplyDelete
  12. dah rasmi dulu ek. member ops ade sorang lepak makan Nan kat sini. saing sedapnya mcm Q Bistro kat melati tu.

    ReplyDelete
  13. nampak selesa dan bersih restorannya

    ReplyDelete
  14. Di Penang saya blm coba yg Kapitan ini. Nanti nak rasa jugaaa 😍😍😍. Soalnya saya LBH sering ke Penang drpd KL. Dan memang selalu nasi kandar yg saya cari 😄👍

    ReplyDelete
  15. Menarik deco restaurant nya..selesai Dan sesuai untuk pelbagai acara Kan..

    ReplyDelete