Thursday 24 November 2022

Pokok Durian Belanda

Buah Durian Belanda bukanlah buah favorite Ummi terutama di zaman kanak-kanak dulu. Sekali dua saja rasanya Ummi jamah. Tapi, bila dah dewasa ni banyak pula pendedahan yang Ummi dapat tentang kegunaan dan khasiat buah dan daun pokok ni. Jadi, mula timbul minat nak tanam pokok durian Belanda ni. 

Nenek Rizqi: Elok tanam pokok ni, boleh elak gangguan...
Mak Bee: Amik daun dia, letak dalam beras tak berkutu... 

Bila berjiran  dengan senior citizens :p 

Jadi, bila diberi benih oleh Aunty Farah Ummi terima dengan senang hati. Alhamdulillah salah satu dari pokok-pokok tersebut dah berbunga 🤩

Seronoknya alahai bila berbunga ni. Terasa berbaloi penat lelah bela dia. Penatlah sangat 😆 Bukan apa, hari tu pokok ni 'menguning", Ummi sangka dah tak dapat diselamatkan. Alhamdulillah panjang umurnya, dan dah berbunga sekarang. 

Setakat ni ada 3-4 kuntum bunganya. 

Jirannya, pokok betik dalam pasu ni pun tengah rancak berbunga...

Mudah-mudahan kali ni ada rezeki nak merasa dan berbagi rezeki dengan jiran-jiran. 

Sepokok lagi Ummi tanam dalam tayar terpakai, sebelum alihkan pokok yang dah berbunga tu ke tanah lagi. Tapi, pembesarannya lebih lambat berbanding yang satu lagi. Takpa, everything has its own pace. #tiber :D 

Happy gardening! 

7 comments:

  1. SA pun ada tanam pokok durian belanda, bezanya SA suka buah durian belanja ni...fav sangat...cumanya bila dah berbunga x lekat plak buahnya...last2 pak zain tebang...

    ReplyDelete
  2. Cerita durian belanda ni, teringat zaman tinggal di asrama terpaksa letakkan daun-daun durian belanda di bawah tilam sebab banyak pepijat keluar waktu malam gigit kami!

    ReplyDelete
  3. Kira luas tanah untuk tanam pokok durian belanda.

    ReplyDelete
  4. Oh, selamat ya pokoknya. Alhamdulillah, agaknya sebab selalu kena hujan kot, dia subur semula.

    ReplyDelete
  5. Masa kecik dlu timw tu duduk area kpg selalu mtk umh jiran2 daun pokok belanda kalau musim cik T melanda.. cik T x suka bau daun ni katanya

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum semua nk kongsi boleh jika ada sakit : -
    • kanser tahap 1 2 3 dan 4 dah ada bnyak testimoni dan herba ini jugak sesuai untuk pesakit yang sedang melakukan kimo untuk tmbah selera makan,platelet darah dan rambut tidak gugur seperti pesakit yang buat kimo, cerdas boleh memasak dan jalan-jalan walau baru sehari kimo.
    • Darah tinggi
    • Masalah saraf
    • cysts
    dan lain2 penyakit cuba berubat dgn saya mohd zuhairi bin noordin
    (017 4687570) cuba wasap saya atau call saya..Insya Allah mujarab dan mmpu milik dah bnyk testimoni2 yang dah sembuh tahap 4 dan penyakit2 lain.saya mengunakan pokok2 herba yang terpilih yang penting harga mmpu milik dan berkesan Insya Allah

    ReplyDelete