Saturday 27 July 2024

Kacau Bubur Asyura

Bubur Asyura ni sinonim dengan bulan Muharram. Selagi belum habis bulan Muharram, selagi tu ada memasaknya. Biasanya menyediakan Bubur Asyura tak disebut memasak, tapi mengacau. Sebab cara memasaknya memerlukan kita sentiasa mengacau adunannya hingga kering, umpama mengacau dodol. 


Baru pagi tadi dapat info pun, makanya tak dapatlah join.  Kami pun ada program lain. 

Tapi ada rezeki juga dapat rasa airtangan orang surau alhamdulillah. Yang kami dapat ni Bubur Asyura Kedah. Ada pisang, keledek, kacang hijau antaranya dalam bubur ni. Terubat rindu nak makan Bubur Asyura versi Kedah 🤲

Nun di kampung Ummi pun ada aktiviti mengacau Bubur Asyura juga hari ni ...

Yang berbaju kuning ni anak saudara pupu Ummi. Baguslah orang² muda pun turun padang, dapatlah belajar dan meneruskan tradisi. 

Dah siap packing untuk diagihkan. 
Alhamdulillah rezeki orang² kampung dan 'orang bandar' hari ni :) 



11 comments:

  1. wak bukanlah penggemar bubur asyura., huhu

    ReplyDelete
  2. Tahun ni takde plak orang jual bubur Asyura Kedah kat area rumah.. kalau ada memang nak beli.

    ReplyDelete
  3. Suka sangat bubur asyura ni. Walaupun lain2 rasa lain2 tempat. Semua sedap. Mak ada bagi sebekas, makan sampai lupa snap foto.

    ReplyDelete
  4. Teringat dulu masa kecik org kg gotong royong kacau bubuq asyura ini.

    ReplyDelete
  5. Hubby suka bubur asyura ni tapi katanya tak ramai yg reti buat / susah nak jumpa bubur ni sekarang.

    ReplyDelete
  6. waahh! Ana paling suka Bubur Asyura versi Kedah! hehehe

    ReplyDelete
  7. Entri kita sama…kisah bubur asyura 😁

    Semalam borak dengan jiran, katanya walaupun nampak sama je rupa asyura utara, tapi ada beza isinya ikut resepi masing-masing.

    ReplyDelete
  8. Ada Macam2 bubur Asyura ini ya kak. Satu pun saya belum coba. Jadi belum bisa bilang suka atau tak. Nak coba sangat, tapi THN depan lagi ke Malaysia nya 🤣

    ReplyDelete
  9. dlm fridge ni ada bubur asyura jugak, mr hubby kata dpt dari surau kat area rumah kami ni (MZ balik kg so ter miss the news)

    ReplyDelete
  10. Tempat wak buat masa 10 muharam yang lepas. Gotong royong juga.

    ReplyDelete
  11. Taman SA mmg X buat la acara ni...semua org muda-muda..bercampur jiran pun x

    ReplyDelete