Friday 30 July 2021

#kitasapot Edisi Julai 2021

Sedar tak sedar, banyak juga membeli dengan niat membantu dan menyokong rakan dan kenalan sepanjang bulan ni. 

Roti sarang lebah dan roti topping dari Yus. Memang sedap rotinya;  lembut dan sedap sangat. 

Beli extra untuk Cg Afiqah; satu keluarga kena kuarantin. Mohon doakan mereka sekeluarga kembali sihat. 

Kuih sri ayu & kuih lapis comel dari Watie. Baru 1-2 hari Ummi joined group business surau, Ummi dah start beli. Walid yang dah lama join baru sekali beli. Beli petai Abg Omar tempohari. Sedap airtangan Watie ni. Sepeket RM3, bolehlah beli selalu sementelah anak4 suka. 

Keropok lekor Ciksu, sekilo RM6. Alang-alang Ummi beli 2kg terus. Alhamdulillah ada freezer, senang nak simpan.

Sejak dah pandai masak kepok dengan air fryer ni makin rajin Ummi jamu anak4 haha...

Set suhu 180-200°C, 10-15 minit. Pandai-pandailah adjust ye. 

Stok roti gebu ni pun sentiasa ada dalam freezer. Malam-malam kalau malas nak masak, makanlah roti ni. Dietlah konon :p 

Kesian pulak  Uncle Apai ni. PKPD di kawasan kedai dah tamat, tup-tup kawasan rumah dia pulak kena PKPD. Jadi, selalu jugalah kami beli dengan beliau. Tapi bagus ada frozen food, boleh buat alas perut anak-anak sebelum PdPR. Kadang tu makan hati je bila anak-anak dengan jujurnya bagitau cikgu "Saya belum sarapan" Hahaha...

Ini Ummi borong dengan Pasar GB Pencen untuk stok raya haji tempohari. Alhamdulillah puas hati dengan jualannya dan akan repeat. 

Roti topping, first time beli dengan Yus. Sebab selain rotinya sedap, PR dia pun bagus.

Sekarang Cg Sue bukan setakat jual ikan keli, tapi ikan talapia juga. Saiz M ni sekilo RM 10.50 je. Ummi dah beli 2x sebab ikannya segar dan tak berbau lumpur @ hanyir. 

Karipap ni cuma RM 4 sepeket. Ummi beli dengan regular baker, Siti. Kek marble bawah ni pun beli dengan Siti juga. 

Sotong cumi kering dengan ikan bilis Sabah dari IsmaHasmi Marketplace. Memang sedap dan berkualiti produknya. Nak repeat beli...

Kek Mamasab ni Ummi beli. Member Ummi baru jadi agent, Ummi pun support-lah. Tapi kek ni bukan untuk kami. Ummi hantar ke Makcik. Rindu dekat anak2 buah berdua tu, hantarlah kek sebagai pengganti diri haha... 

Sekarang kita tengok pula apa Walid beli hihi...

Pewangi sejadah. Baunya ala Raudhah, wangi sangat! Ex- officemate Walid now residing in Saudi. Sambil-sambil tu buatlah business jual barang dari Madinah. Sebelum ni Walid dah pernah beli sejadah dari Madinah dengan dia juga. 

Face mask dari Sepang International Circuit. Kesian, SIC tak boleh buat event, Walid support-lah kononnya 🙄 Tiber je tak puashati haha...

Bezakan orang pompuan membeli dengan orang laki-laki :p 



 

6 comments:

  1. bgosnya support local bisnes!
    semoga sentiasa dimurahkan rezeki.. =)
    sume best2!

    ReplyDelete
  2. Macam-macam beli dan pelbagai.
    Nasib baik produknya bagus dan boleh ulang beli.

    ReplyDelete
  3. Wah,menyoping sakan depa...syoknya membeli kan..terapi orang prempuan...hihi..
    Berkenan pewangi sejadah tu..mana nak beli

    ReplyDelete
  4. Sedap-sedap nampaknya semua makanan yang dibeli ni

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah sambil membantu peniaga kecilan, berkongsi rezeki juga dengan yang lain :) menarik semua yang dibeli ni.

    ReplyDelete
  6. Wah shopping sakan nampak hihi....
    Samalah PH, asal ada yg minat mmg oder jerlah kerjanya mak mak ni kan

    ReplyDelete