Bagaikan memahami kebosanan anak-anak yang terperuk di rumah Zoo Melaka mengambil inisiatif mengadakan lawatan ke Zoo Melaka secara maya.
Ummi pun ambillah peluang ni untuk 'bawa' anak-anak melawat zoo. Siap kempen kawan-kawan dan ipar duai suruh join... Anak-anak pun dah jemu hadap PdPR hari-hari, sesekali bila ada program sebegini dapat hilangkan juga bosan mereka.
Bukan setakat depa seronok, Ummi Walid pun sama naik haha... Maklumlah dah lama tak melawat zoo.
Hari pertama berkenalan dengan white rhino. Berat dia sama dengan lori 2 tan!
Hari kedua haiwan lain pula.. Macaws... Tapi kami terlupa. Tengok rakaman saja tapi still menarik. Cuba ke FB Zoo Melaka Official rasanya ada lagi video program ni.
Program ni diadakan secara percuma tapi kalau nak menyumbang sangat digalakkan. Ialah, zoo pun tiada pendapatan sejak PKP ni kan.
Ummi pernah ke Zoo Melaka ni, waktu malam. Tahun 2005 rasanya. Kami ada family day office Ummi. Kami naik tram untuk tengok haiwan. Nampak gajah tapi kurus dia. Pastu bila guide tersuluh mata Pak Belang, semua takut sebab dia pun tengah tenung kitorang ๐
Itulah rasanya kali terakhir Ummi pergi zoo. Masa family day Jitra di Taiping (tahun 2015) Ummi tengah 'mabuk' pregnant-kan Adik. Tak ikut depa pi zoo. Sekali lagi ke Taiping semasa wedding Paksu Arshad tak sempat pula nak singgah di Zoo Taiping tu. Bulan 11 tahun lepas plan-nya nak tebus discounted ticket price offered by Zoo Negara sempena birthday Abang dan Kakak tup-tup PKPB dah kena cancel. Akhirnya kelmarin baru berjodoh dengan Zoo Melaka :D
aha haritu pun sempat tgk kejap zoo melaka live ni..
ReplyDeletekemain sonok si uyum...
Kalau bole hari2 nk tgk binatang kat zoo hahaha
Saya baru juga pergi Zoo Negara pssa 2018. Pergi dengan anak saudara.
ReplyDeleteEh silap taip Zoo Melaka.
DeletePernah ke Zoo Melaka tapi lama dulu....zaman belajar di universiti. Dah banyak berubah mungkin.
ReplyDeleteDapat pergi Zoo online pun dah menarik musim PKP ni. Ada juga hiburan untuk anak anak kat rumah. Tak ingat dah bila last datang Zoo Melaka. bagus tu dorang jaga bersih walaupun tak ada pengunjung. Satu inisiatif yang bagus.
ReplyDeletebest jgk layan lawatan ke zoo secara online ni..
ReplyDeletehappykan ank2 yg xleh kuar.. tgk binatang2.. =)
pernah pegi zoo taiping waktu malam...
ReplyDeleteboleh layan tido dalam tram... padahal tram tu bukan la selesa sgt....mmg kelakar...
Tengok ramai-ramai memang seronok walaupun secara online je
ReplyDeletePasti anak-anak buat lawatan maya ke taman buaya melaka. Abang adik lun tumpang sekaki lah.. terhibur juga lah anak-anak..tambhan rumah kami takde tv. sesekali dpt tonton dalam laptop, bahagia betul mereka..hihi
ReplyDeleteApa khabar la agaknya zoo lainnya juga ..?
ReplyDelete