Mulai hari ni PKPD dilaksanakan di 8 daerah di Selangor dan beberapa lokaliti di KL selama 2 minggu (2/7-16/7/2021). Kami di Gombak ni merasalah semua fasa PKP ni; PKP penuh, PKPB dan PKPP. Entah di mana silapnya, PKP 3.0 gagal membendung penularan Covid-19 mutakhir ini. Tak nampak lagi cahaya di hujung terowong huhu... Whatever it is, life has to go on 💪
Hari pertama PKPD ni mood rajin berada pada skala paling tinggi haha... Dari pagi sampai petang ada aje aktiviti mengemas dan mencantikkan rumah :D Mood rajin tu datang sebab Walid & kids pun bersungguh-sungguh nampaknya kemas Iuar rumah, Ummi pun jadi bersemangat juga :) Minggu lepas Walid repainted rak pinggan yang dah lama terbiar di belakang rumah, dah jadi tempat simpan harta karun hehe...
Wajah baru rak pinggan Ummi. .
Ini pula previously rak buku depa. Pun dah bertahun-tahun beli. Zaman nak beli perabot gi Giant haha... Melendut dah kesan letak buku 3 beradik tu. Now Ummi jadikan rak baju Abang & Angah pula. Guna je selagi boleh.
Ini pula rak laundry...
Betul itu guna selagi boleh.
ReplyDeleteNampak baru rak itu setelah dicat semula.
Kalau buat kerja ramai2, kerja berat pun jadi ringan. Teringat dulu2 tiap minggu wajib kemas rak baju masing2, skrg semua dah guna almari...alamakkk.. lupa, baju belum lipat, hihi
ReplyDeleteBagus ada aktiviti macam ni. Ambil peluang bila PKPD ni kan. Nampak baru terus rak tu. Mujur tak buang lagi. Seremban pun dah termasuk PKPD jugak kak. huhu
ReplyDelete