Sunday, 1 August 2021

Ayahanda

Siapa follow Ayahanda

Credit source.

Kami sekeluarga layan drama ni. Memang hebat jalan ceritanya. Pengarahnya Dato' Ahmad Tarmimi Serigar, orang lama yang punya magis dan aura tersendiri. Penerbitnya Zeel Production. Manakala barisan pelakonnya semua best! Jalil Hamid, Kak Ogy, Noorkhiriah, Hairi Safwan, Shah Jaszle, Rita Nadira .... Teraju utamanya Fikry Ibrahim. Pelakon pembantu pun semua best termasuklah 3 Abdul yang kaki surau tapi mulut depa, perangai depa aish geram! Watak Mak Teh tu pun menjadi. Lima bintang Ummi bagi untuk semua. 

Dan pastinya latar belakang suasana kampung yang penuh dengan kehijauan sawah padi, tali air dan bukit bukau serta loghat utara yang dilontarkan oleh para pelakon menjadikan drama ni dekat di hati Ummi :) 

Credit source.

Hj Abdullah yang mewakili watak tipikal ayah dulu-dulu yang jarang mempamerkan kasih sayang terhadap anak-anak, kurang bercakap tapi banyak memerhati dan sangat menagih kesetiaan dan ketaatan isteri amat cemerlang di tangan Jalil Hamid. Keberkesanan watak yang dibawa olehnya kerap membuatkan mata masuk habuk huhu... Tahniah Pak Jalil! Memang layak menang award ni. 


Credit source

Satu lagi watak kesukaan Ummi, Kak Limah lakonan Noorkhiriah. Kadang geram, kadang kesian dengan Kak Limah ni. Mulut dia boleh tahan marahkan adik-adik dia. Mak ayah dia pun selalu juga kena haha... Karakter anak pompuan tunggal yang sangat protective menjaga keluarganya. Garang, selamba tapi baik hati. Kadang tu dia macam kena buli, kadang tu dia pula jadi singa! Tapi paling Ummi geram, tudung dia tu. Nampak tak senget kat bawah tu? Geram nak tolong perbetoi! Boleh murung tau geng tudung bawal kalau tudung senget camtu πŸ˜‚ 

Lagi satu yang buat touching, lagu Coretan Pilu yang menjadi OST drama ni sangat menyentuh hati. Bait-bait lirik dan lagunya yang dihasilkan oleh gabungan Ikhwan Fatana, Wan Salleh dan Fedtri Yahya sangat kena dengan jalan ceritanya. Apatah lagi, Dato' Awie pula yang menyanyikannya. Padu! 

Lama dah kami sekeluarga tak layan drama hersiri. Untuk follow rapat drama hersiri ni perlukan jalan cerita yang bagus, pelakon yang bagus, pengarah pun kalau boleh nak yang hebat (macam Ummi yang nak berlakon haha) dan waktu tayangan yang sesuai. Drama pukul 7 atau pukul 10 ke atas memang  tak follow. Antara drama bersiri best ikut kriteria ni ialah Dendam Aurora (2017), Leftenan Zana (2019) dan The Maid (2021). Setiap episod tak pernah miss. 

Drama Ayahanda ni adaptasi dari novel dengan tajuk yang sama karya Allahyarham Azizi Hj Abdullah. Alhamdulillah the producer, the director and the cast berjaya menterjemahkan karya ni dengan cemerlang. Syabas! 


Hj Abdullah sebenar vs Hj Abdullah lakonan.

Ummi dah menangis dah time dua beranak ni jatuh bot. Ingatkan salah seorang meninggal, jadi penamat akan jadi tragis. Emotional sungguh 🀭


Alhamdulillah happy ending. 

Definitely this drama has set the bar high. Oleh itu diharapkan lebih banyak drama berkualiti sebegini diterbit dan ditayangkan di kaca TV kita. 


7 comments:

  1. Novel arwah Azizi Haji Abdullah memang selalu menyuntik rasa sedih.
    Memang arwah selalu kemukakan persoalan perihal orang tua atau watak bapa. Saya pernah baca 'Seorang Tua Di Kaki Gunung' boleh faham kesedihan dalam siri ini. Betul itu harap dapat hasilkan drama berkualiti daripada novel yang bagus.
    Rasanya kena cari balik novel ini mana entah letak. Lama sudah saya baca dari sekolah rendah.

    ReplyDelete
  2. Drama ni sedih gumbira marah semua ada lah tp nasib la happy ending..

    Tak sangka ni citer berdasarkan kisah sebenar rupanya kan..

    ReplyDelete
  3. Kalau Jalil Hamid & Ogy berlakon ,memang hidup watak yang dibawa.
    Pernah baca novel Ayahanda, karya Azizi Haji Abdullah.

    ReplyDelete
  4. Pemilihan pelakon yang tepat berjaya membawakan watak. Tambah menarik bila kisah ni adaptasi novel dan berdasarkan kisah benar.

    ReplyDelete
  5. Dengar banyak komen kata drama ni best.Tapi mungkin sebab saya dah janji takmau tersangkut lagi dalam drama bersiri,jadinya tak tengok.Tapi ni macam nak kena cari terngok jugak ni..Hihihihi

    ReplyDelete
  6. Tak ikut dari awal...lubang lubang tengoknya. Ada siaran ulangan tak ek. Ingat nak tgk dari mulalah

    ReplyDelete
  7. dulu pernah baca novel ni, sedih sangat2

    ReplyDelete