Hujan mencurah-curah di kediaman kami petang tadi. Bila hujan lebat, cepat-cepat Ummi submit doa ☺️ Minta Allah limpahkan rezeki mencurah-curah, melimpah ruah hingga tertumpah merata-rata seumpama hujan. Biar semua orang dapat makan, sekurang-kurangnya :(
Terkesan dan tertekan bila dengar cerita kesusahan masyarakat kebelakangan ni. Ramai yang struggle mencari rezeki. Sedih bila ada yang terpaksa mengangkat 'bendera putih'. Namun, ada juga yang tak kenal erti jemu demi sesuap nasi.
Bila hujan berhenti, mula-mula Mel datang bersama sebekas kerabu daun bayam Brazil. Alhamdulillah π
Usai memasak, Ummi minta Abang 'balas bekas' Cik Leha. Belum sempat Abang buka pagar, terdengar suara memberi salam. "Ada Abang Otai Burger jual burger Ummi" Terus teringat adik burger ni berjualan di tepi jalan utama. Selalu juga Walid beli burger-nya. Pastinya hujan lebat tadi jualannya tak laku jadi dia berjalan dari satu rumah ke rumah menghabiskan jualannya. Ikutkan makan malam dah siap dimasak tapi sebagai sokongan (simpati sebenarnya) kami beli 2 ketul burger dengan sedikit duit lebih sebagai sedekah untuk adik ni. Bagus dia, tetap berusaha untuk habiskan jualan.
Elok nak solat, sekali lagi ada suara memberi salam. "Untuk Fawwaz dengan adik-adik..."
Speechless dan sebak! Sikit je sedekah kami untuk adik burger tu tapi besar balasannya. Alhamdulillah.
sedap pula tengok kerabu bayam tu
ReplyDeleteDapat sekali 4 burger. Alhamdulillah. Rezeki tidak dijangka dapat makan lain juga.
ReplyDeleteHi Puan Hazel! I did not know bayam Brazil can be kerabu-ed! Must try. Bless you dear, in giving, we receive.
ReplyDeleteLately hujan kerap turun. Sejuk sikit. Alhamdulillah..banyak rezeki dapat tu. Fresh kerabu bayam brazil tu.
ReplyDelete