Cerita bergambar tentang Hari Arafah semalam...
Alhamdulillah di rumah ni anak4 pun ikut berpuasa. Yang paling best Adik... Bangun tidur around 7 am, "Ummi, Adik nak sahur" Lepas tu dia tidur balik. Sepanjang hari taknak makan, taknak minum. Puasa betul tu :)
Iftar pack untuk jiran-jiran.
Ummi masak awal, sebab dah target lepas Asar nak duduk depan TV, tengok khutbah live dari Arafah.
Terlambat join link yang diberi, jumpalah satu channel YouTube ni... Bahasa Urdu pun jadilah. Ada je English translation kat skrin tu... Nak rasa suasana tu sebenarnya...
Alhamdulillah, kenalan kami sewaktu sama-sama menunaikan haji tahun 2014 dulu, sekali lagi terpilih menjadi tetamu-Nya. Rezeki beliau yang baru posting di Jeddah sejak Ramadhan lepas. الحمد لله tumpang happy untuk beliau dan sekitar 260 orang lagi rakyat Malaysia yang terpilih mengerjakan ibadah haji tahun ni. Moga beroleh haji mabrur 🤲
Hari Arafah ni hari penting dalam Islam terutama bagi jemaah haji. Penting sebab kemuncak haji iaitu wuquf dilakukan di Padang Arafah. Yang istimewanya, kebesaran Hari Arafah ni bukan hanya tertakluk kepada jemaah haji tapi meliputi seluruh alam. Walau di mana saja kita berada, kita digalakkan menghidupkan hari ini dengan DOA, zikir, puasa dsbnya. Kerana pada hari ini adalah hari dimana paling banyak Allah membebaskan hamba-hamba-Nya dari api neraka. الله أكبر
Karipap frozen dari jiran untuk berbuka. Tq Sya 🌹
Order lemang dan kuah kacang. Katanya nak hantar malam raya. Ummi ingatkan lepas Maghrib/Isyak gitulah... Sekali pukul 12 lebih baru sampai! Mujur anak2 bujang berdua tu rajin nak tunggu.
Esok-esok kita citer pasal raya pulak ye :)
Ek adik betul-betul puasa ke? Hehe saya pun tidak dapat puasa. Awal pula bendera merah datang tapi tidak lupa doa sentiasa.
ReplyDeleteAlhamdulillah
ReplyDeletedapat menunaikan ibadah puasa sunat Arafah.
Selamat menyambut iduk adha.
Bagusnya. Kecik-kecik lagi dah belajar puasa sunat. Alhamdulillah. Moga terus istiqamah sampai besar nanti.
ReplyDeleteSalam aidil adha :)
ReplyDelete