Thursday, 15 July 2021

Resepi ~ Sotong Stim Limau ala Thai

Sejak kebelakangan ni rajin pula masak menu Thai. Tambah-tambah kalau ada stok daun ketumbar. Beli sepeket 2 ringgit, baru pakai sepokok esoknya dah kuning daunnya. Aish, rugi...

Sebenarnya dah lama resepi sotong stim ni lalu-lalang tapi dalam hati tak berapa confident betul ke sedap sotong dimasak sebegini. Ialah, tekak dah biasa dengan sambal sotong, sotong goreng kunyit ataupun kalau ke kedai, order sotong goreng tepung. 

Tapi, akhirnya Ummi cuba juga menu ni. Itupun try dengan 4-5 ekor sotong je. 
Sedap! Tambahan pula sotong tu buncit, penuh telur memang sedap sangatlah. 

Resepi: Sotong Stim Limau ala Thai
Sumber: Sirap Limau

Bahan A
Sotong - kukus 7 minit kemudian potong dan ketepikan

Bahan B (sos)
Kiub pati ayam
1 cawan air
2 s/b gula
Bawang putih - dicincang
Daun ketumbar - dihiris halus
Cili padi - dicincang
Jus limau nipis
Sos ikan - ganti dengan sos tiram 1-2 s/m 

Cara-cara
1. Panaskan air bersama kiub ayam dan gila hingga gula larut. Matikan api dan biarkan seketika hingga sejuk.
2. Masukkan bawang putih, daun ketumbar, cili padi, jus limau nipis dan sos tiram. Gaul sebati dan perisakan. 
# Tak perlu letak garam sebab kiub ayam dan sos tiram dah masin. 
3. Tuang sos ke atas sotong kukus tadi. Gaul mesra semua bahan. 

4. Sedia untuk dihidang 

Puashati bila dapat sediakan menu yang lebih sihat tapi tetap sedap macam ni... Yang seronoknya, anak-anak pun suka. Sikit-sikit Ummi cubalah ubah ke arah lebih sihat انشاء الله... 

Selamat mencuba 🤗

6 comments:

  1. Hehe abah saya pula baru buat siakap stim limau. Saya kata hari ini menu Thailand ke, ada lauk paprik ayam.
    Apapun sedap tapi sotong tidak pernah buat cara begini lagi.

    ReplyDelete
  2. Klu dpt siakap stim pun sedap gak ni..

    ReplyDelete
  3. Masakan Tahi memang sedap! Saya pun suka.

    ReplyDelete
  4. Terasa-rasa & terbau-bau pula haruman segar masakan Thai

    ReplyDelete
  5. Sedapnya.. Memang bagus masak masakan yang berkhasiat macam ini.

    ReplyDelete