Saturday 10 July 2021

10 Hari Terbaik

Alhamdulillah dipanjangkan usia lagi untuk bertemu bulan Zulhijjah. Dan secara peribadi, kali ini terasa amat bersyukur dapat menyambut Zulhijjah dalam keadaan lebih memahami akan kebesaran bulan mulia ini. Benarlah, beramal dengan ilmu lebih terasa manisnya :)

Credit source. 

Pagi semalam Ummi berkesempatan menyertai usrah mingguan secara maya. Antara yang dikongsi oleh Kak Badar (naqibah kami) ialah kelebihan 10 hari terawal Zulhijjah. Sebelum ni Ummi hanya fokus pada hari ke-9 iaitu Hari Arafah tapi kali ini niatnya hendak menambah amalan di sepuluh hari terbaik ni انشاء الله 💚

Antara amalan yang boleh dilakukan ialah banyakkan sedekah dan berdoa. Dan kata Kak Badar, kita perlu sediakan pelan tindakan untuk perkara ini. Contohnya sediakan senarai penerima dan amount sedekah dan setiap hari boleh transfer sahaja secara istiqomah sepanjang 10 hari ni. Begitu juga doa. Sediakan senarai doa dan ulang sentiasa sepanjang tempoh penuh keberkatan ini. 

Selain perkara sunat, menurut Kak Badar, Mufti Menk menyarankan untuk kita agar memperelokkan amalan wajib kita seperti solat. Istiqomah dalam 10 hari ni supaya ianya melekat dalam diri. Dan pada hari ke-9, jangan lupa untuk berpuasa sunat Hari Arafah. Ganjarannya sangat besar. 

Pagi tadi juga Ummi sempat ikuti kuliah Ustazah Asma' Harun tentang ibadah qurban. Itupun dah hujung siaran tapi dengarnya masih ada slot untuk  hendak  ibadah qurban bersama NGO Ustazah, Sahabat Amal Care. Bila Ummi hubungi PIC-nya, penyertaan masih dibuka sehingga 15/7 untuk ibadah qurban di luar negara. Kalau tak silap Ummi, NGO lain pun masih buka penyertaan. Masih ada masa bagi yang berkemampuan untuk melaksanakan ibadah qurban. Manalah tahu ada yang tiba-tiba terlorong hati untuk menunaikan ibadah qurban di saat-saat akhir ni, cubalah contact mana-mana badan/NGO yang boleh dipercayai. 

Rindukan nak buat ibadah qurban di masjid/surau macam dulu-dulukan? Kali terakhir dapat buat korban di surau ialah 2 tahun lepas. Jangan kata korban, raya haji pun nampaknya kena sambut dalam rumah lagi kita 😭😭😭 


Takut sangat tengok angka kes baru ni. Hospital-hospital di Lembah Klang ni pun khabarnya makin tenat :( Moga front liners kita terus kuat. Tak tahu nak buat macamana... Hanya dapat terus berdoa dan sentiasa patuh SOP agar diri dan ahli keluarga sentiasa terhindar dari wabak ni. 

Jom kita doa banyak-banyak sempena 10 Hari Terbaik ni agar Allah angkat wabak ni dari negara kita. 

Aamin aamin aamin Ya Mujib 🤲


2 comments:

  1. Terima kasih kongsikan apa patut dilakukan 10 hari Zulhijjah.

    ReplyDelete
  2. 10 hari terbaik untuk meningkatkan amalan, terima kasih atas perkongsian PH

    ReplyDelete