Saidina ✅
Sahibba ✅
Dam haji ✅
Dam ular ✅
Chess ✅
Carrom ✅
Congkak ✅
Boleh dikatakan hampir semua indoor games depa dah khatam main. Punyalah lama dok berkurung :(
Sebenarnya dari PKP 1.0 lagi nak beli kolam (indoor pool) ni tapi KIV sebab ingatkan sekejap je pandemik ni; at least this year dah setel. Jadi, tiadalah keperluan sangat nak beli pool ni. That time juga risau dari segi kewangan. Banyak ketidaktentuan masa tu kan...
But, the interest was renewed lately... Especially bila sepupu7 di Jitra masing-masing dah ada kolam sendiri. Sebelum ni pakat mandi kolam Tok Umi bila kami balik kampung. Sekarang pakat mandi di rumah masing-masing je.
Lagi satu, kawan-kawan depa; Aisyah dan Dahlia pun masing-masing ada pool. Kadang tu Adik intai di tembok tengok depa mandi. Kesian pulak Ummi tengok :(
Akhirnya berjaya juga Ummi pujuk Walid beli haha...
Ini pamnya, RM 12.88. Kolam sampai hari Jumaat, pam sampai hari Isnin. In between, Angah asyiklah offer diri nak tiup kolam tu. Apa, dia ingat belon ke nak tiup-tiup dengan mulut je 😂
Dari segi saiz oklah untuk depa berempat. Cuma kalau Abang join, masing-masing kena squeeze lah nak bagi selesa hihi...
Yang penting kita enjoy!
Lepas makan, haruslah perut lapar... Untunglah jiran-jiran rajjn memberi 💖
Keropok lekor first time Ummi goreng dalam air fryer. Titiskan sedikit minyak. Gemuk gedempol jadinya :D
Coq Udang Utara Resepi Chef Jo... Dalam banyak-banyak resepi Ummi dah try, resepi yang tak payah guna baking powder, telur atau air peti ais ni lah yang menjadi rupanya. Makan dengan kuah kacang belen raya haji tempohari.
Nanti-nanti Ummi share resepi انشاء الله 💚
Wah seronok kan bdk2 dpt mandi kolam camni.. Mmg sakan laaa kan
ReplyDeleteAlhamdulillah
ReplyDeletesuka sangatlah mereka tu
Ya allah angahhhh, nak tiup kolam tu mahu biru satu muka hahahaha. Kalau belon takpelah lagi. Senyum lebar anak anak akak dapat kolam dahhh. Panas je terus terjun dalam kolam hahaha.
ReplyDeleteIman pun dah berapa kali request soh beli kolam, hahaha
ReplyDeleteRasa macam setiap rumah ada swimming pool macam ni. bagi anak anak seronok sebab tak boleh nak berjalan kemana. indoor games pun dah bosan dah. Alhamdulillah..jiran jiran berkongsi rezeki.
ReplyDeletesalam perkenalan.Saja singgah tambah rakan kenalan.Terliur tengok kek tu,Hi3
ReplyDeleteLepas mandi berendam lama-lama mesti lapar.
ReplyDeleteYa hiburkan hati anak-anak.
at least dpt jugak mengisi masa lapang diorang kn mandi kolam ni.. kesian bebudak ni xde aktiviti time mcm ni
ReplyDeleteSeronoknya mandi-manda! Saya rasa swimming pool antara produk yang laku musim kita berkurung ni. 😀 Tak adalah bosan budak-budak di rumah.
ReplyDeleteAduh.. Sha pun teringin nak beli kolam tu tapi tak ada ruang nak bubuh kat sini.. Kalau tak memang bestlah anak-anak nie berendam.. kikiki.. Gigih dia ye nak tiup kolam..
ReplyDeleteNi kalau parking kolam tu belakang rumah,mau dengan mak-mak sekalai ni...hihihihi
ReplyDeleteSampai sekarang ksarie tak reti main chess. Jenuh la suami dan anak-anak belajar tetapi tetap la juga ksarie tak dapat tangkap huhuhuhuhu
ReplyDelete