Sunday 6 September 2020

Muzium Automobil Nasional, Sepang


Sebelum sampai di Bagan Lalang, kami singgah dulu di Muzium Automobil Nasional yang terletak di Sepang International Circuit (SIC). Suka anak-anak bila cakap nak singgah muzium dulu.



Kenderaan tak dibenarkan masuk jadi kena menapak sikitlah untuk ke muzium. Tak jauh pun tapi sebab bawa Tok, Walid drop off kami dulu dekat guard house. Parking lot jauh sikit.

Muzium dibuka seperti biasa tapi setiap pengunjung mestilah mematuhi SOP yang telah ditetapkan kerajaan seperti memakai topeng muka.


Muzium Automobil Nasional ni memaparkan sejarah penghasilan kereta nasional dan perkembangannya dari awal hingga sekarang.






Komponen kereta. 

Bersama kereta idaman masing-masinglah kononnya :D

Muzium ni kecik je, 2 tingkat. Sekejap je habis  tour satu muzium :) Tapi oklah at least anak-anak could learn a thing or two.

Berhadapan muzium ni ada souvenir shop. Malangnya tutup pulak hari tu. Kata staff muzium, kalau takde event di SIC kedai ni buka hari Khamis dan Jumaat je. Kalau berhajat ke sini, better call dulu. Kami hari tu 2x singgah, otw ke Bagan Lalang dan balik dari PD tapi kedai ni tetaplah tutup 🤭


Sale 80% kat kedai ni itu yang Walid beria-ria nak singgah sini. Mujoq juga kedai tutup, asyik shopping baju je sekarang 😅


Bolehlah singgah muzium ni kalau ke area Sepang ni. Masuk percuma je 🤗

15 comments:

  1. Dapat tambah pengetahuan mengenai kenderaan dan sejarah.

    ReplyDelete
  2. paling suka kalau dapat pergi muzium , bukan smua bnda kita dpt lihat di hari biasa

    ReplyDelete
  3. kecik besar muzium tu belakang kira..yg penting ilmu yg anak2 kita dapatkan. tak banyak sekurang2nya mesti ada sikit yg melekat dalam kepala dorang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye Ammi... Pakat berangan nak beli kereta belaka 😜

      Delete
  4. waa tengah sale ek kat gift shop tu..dulu datang situ tak sempat nak jenguk gift shop nya, kawan aje yang pergi and beli baju...

    ReplyDelete
  5. wah.. menarik ni.. kalau bawa anak-anak bujang ni mesti seronok..

    ReplyDelete
  6. Muzium yang menarik.. syok juga bawa anak-anak ke sini..

    ReplyDelete
  7. Menariknya muzium ni.. mama.kena try pegi ni

    ReplyDelete
  8. Tak pernah tahu kewujudan muzium automobil ni. Menarik juga ada muzium sebegini.

    ReplyDelete