Setiap kali nampak iklan buku MommyHana terpampang di billboard MRR2 berhampiran susur keluar Sri Gombak tu, Adik akan cakap "Ummi, adik nak buku tu..." Mata Ummi pula selalu tertancap pada iklan Sabella, gambar Kak Ella pakai baju merah menyala tu 😍
Bila Ummi survey, harganya >100 ringgit. Tak pasti berbaloi atau tidak jadi Ummi KIV dulu permintaan Adik.
Tup-tup Nur Iman Marketing buat promo sempena birthday founder produk ni. Harganya cuma RM69, for a limited period of time. Ummi pun grabbed satu untuk Adik.
Seronok dia belek buku tu. Buku tu jenis interaktif. Tekan-tekan butang berbunyilah ia. Ada abjad, haiwan, doa, bacaan Al Quran, aktiviti dsbnya. Adik suka sangat.
Yang paling best dia boleh ikut, sebut dan faham maksud sesuatu perkataan esp English words. Semalam dia sebut hippopotamus dengan sangat lancar. I was impressed sebab orang dewasa pun kadang silap sebut perkataan tu 🤭 The other day, dia datang kat Ummi masa tengah sidai baju. "Ummi, serigala tu wolf kan? Alhamdulillah dia belajar sesuatu dari buku tu. Selain BM dan BI buku ni juga ajar anak-anak perkataan-perkataan B. Arab.
Cuma bila dah lama tu, dia bosanlah. Asyik keluar benda yang sama je hihi... Biasalah tu kan.
Bagi Ummi bagus buku ni. Pada harga promo tu berbaloi untuk dibeli.
Kira murah macam itu ada interaktif suara.
ReplyDeleteAlhamdulillah rezeki Adik.
Deletenasib baik anak ammi tak pernah nampak iklan tu ahaksss
ReplyDeleteJangan datang Gombak Ammi :p
DeleteAlhamdulillah. Rezeki untuk Adik. Patutlah harganya pun boleh tahan juga, ada interaktif suara.
ReplyDeleteBwtter dari bagi dia phone kak amie :)
Deleteseronok pembelajaran interaktif macam ni.
ReplyDeleteYe Fiza.
DeleteAt least she learnt something.