Saturday 12 September 2020

Kiriman dari kampung 💚


Cuti Awal Muharam lepas, Nisah anak saudara Maksu balik kampung. Tok Umi kirimkan sekotak barang untuk kami.

Ada acar rebung, cupcakes, kerepek, mee lidi, Maggi Iman, kopi dll. 

Kalau perasan, ada semut berkeliaran atas kotak tu. Kata Maksu Maggi tu dah ditebuk semut, terpaksa buang. Kotak tu pun Maksu buang, letak barang dalam beg saja. Dah bersemut kan... Rupanya bila sampai kepada kami, semut-semut tu hurung cupcakes. Jauh perjalanannya, depa ikut dari Jitra ke Keramat ke Gombak :D 


Pulut kacau dari Mak Kodiang. Acar rebung tu Tok Umi buat sendiri. Sedap 😋

Ini pula dari ibu Nisah. Siap gorengkan karipap untuk anak-anak makan dalam kereta. Padahal, jauh mana Sri Gombak ke Keramat 😁 Tapi, orang kalau dah baik hatikan, tak kira pun semua ni. Depa hanya ingat nak memberi, nak bersedekah. 


Khamis lepas pula Walid ada briefing di Prai, ambil cuti sehari balik ke Jitra.

Penuh lagi bonet kereta dengan buah tangan dari Tok Umi dan ipar-duai di kampung, alhamdulillah.

Pisang, mangga dan limau kapas dari kebun Tok Ayah. Keropok kering dan perencah mee bandung Muar tu dari Maklong. 

Cappuccino ni for her beloved son. Menantu pulak dapat blaus selai 😊


From Maksu with love... 

Pekasam daging... Tak sabar nak rasa. 

Ini pula dari jiran. Depa balik KT, minta tolong Ummi tengok-tengokkan rumah. Ummi tengok je lah 😂


Keropok lekor... 
Memang sedaplah rasa ikannya tu, pure from Ganu. 

Ummi pula kononnya nak membalas, minta Walid belikan nenas di Pontian. Gara-gara takde air, tak sempat nak bagi jiran. Tengok-tengok ada yang berair dan reput tangkainya. Tak sesuai nak bagi orang. Finally Ummi buat masak lemak ikan masin sebiji, lagi 1/2 biji (separuhnya dah lembik) Ummi buat pajeri. Takde rezeki depa. Next time Insha Allah.

Alhamdulillah mencurah-curah rezeki kami sepwrti mencurah-curahnya hujan yang turun sehari-dua ni. Alhamdulillah.. 


5 comments: