Thursday, 27 August 2020

Pantai Purnama, Port Dickson



Esoknya pula kami ke Port Dickson (PD). Rupanya dekat je Bagan Lalang dengan PD, lalu jalan dalam. Kata kawan Walid, lebih kurang setengah jam je. Alang-alang dah dekat, ajomm kita ke PD! [Baca sini: Semalam di Bagan Lalang]


Sebenarnya elok je lepas traffic light depan AmBank Sepang tu dah masuk daerah PD. Cuma untuk sampai ke pantai dalam 45 minit ke 1 jam pemanduan. Kita akan lalu ladang kelapa sawit hinggalah sampai di simpang pekan Lukut Antaranya Ladang Bukit Pelandok, Tanah Merah dll. Ladang Bukit Pelandok tu familiar tapi Ummi tak ingat sebab apa 🤔




Mula tu kami ke Muzium Tentera Darat tapi malangnya muzium ditutup untuk kerja penyelenggaraan. Musnah harapan anak-anak nak pegang senapang :) Inspired betul depa dengan cerita Leftenan Zana, SEAL Team & SWAT. Ummi pun dah berjangkit, hari-hari layan SEAL Team :D

Kami ke Pantai Purnama. Baru Ummi tahu, ada banyak pantai lain di PD selain Pantai Telok Kemang yang sentiasa penuh dengan pengunjung. Satu lagi pantai yang jadi tumpuan ialah Pantai Saujana. Nampak ramai orang berkhemah di sini.



Pantau Purnama ni pun cantik sebenarnya. Nak bermandi manda boleh, nak berkhemah boleh. Kurang pengunjung jadi suasana lebih tenang. Ummi pun masuk juga dalam air, hingga paras lutut jugalah randuk air hehe... Anak-anak pun kami biarkan je mandi sepuas hati. Seronok depa sebab pantai ni lebih cantik dan airnya jernih.

Walaubagaimanapun, untuk sampai ke pantai, kena turun anak tangga yang boleh tahan curam juga. Untuk bawa warga emas macam Tok turun ke pantai tak sesuailah. Ummi pun rasa goyang juga lutut nak mendaki naik ke tempat letak kereta hihi... 




Di sini ada kemudahan bilik air, tandas, cafe dan tempat letak kereta yang agak luas. Tapi, bersedialah untuk mendaki sebab lokasi pantai ni curam gitu. Waktu datang kita kena pandu turun bukit, waktu nak balik tu gayat juga bila kereta menegak je naik ke atas. Risau Ummi takut kereta mengundur ke belakang hahaha...
Tapi, yang pastinya Pantai Purnama ni cantik dan sesuai untuk bersantai bersama keluarga.

Tok kami tinggalkan di wakaf atas bukit ni. Cantik view dari sini. Terasa asyik dan ralit...

Antara nak bermalam di sana atau balik hari, we chose the latter. Call sana sini kebanyakan hotel/chalet/resort/apartments mostly fully booked. Last minute dan cuti sekolah kan. Ada 2-3 tempat yang kosong tapi biliknya tak sesuai untuk kami bertujuh. Akhirnya kami balik ke Gombak dengan harapan nak ke sana semula weekend ni. Again, most of the renowned hotels/resorts are taken already.
Takpe, kita try again next time. Nak repeat PD sebab pantainya best 👍. Dengan KL pun dekat je. 

Jom!


11 comments:

  1. Wah pergi lagi dalam masa terdekat. Memang suka pantai.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yes, kami suka pantai. Tengok laut tenang je

      Delete
  2. Alhamdulillah tumpang seronok hehehe holiday well spent ya

    Bukit Pelandok tu pernah viral dahulu kala kerana disitulah terletaknya ladang khinzir ter besar eh!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasanya lah Mrs A. Entahlah, malas nak Google sebenarnya haha

      Delete
  3. Seronoknya dapat jalan jalan kan PH. Bawak anak anak dan family layan angij pantai seronok sungguh ..

    ReplyDelete
  4. Seronokkkan dapat teroka pelbagai tempat di negara kita. Banyak rupanya tempat-tempat menarik boleh dikunjungi!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye banyak tempat menarik dan easy to access actually. Belanja pun jimat.

      Delete
  5. Selalu guna g PD g pantai Cahaya Negeri & pulau burung tu. Situ memang ramai. Tak tahu lak Pantai Purnama ni view dia cantik gak. Boleh lah pergi nanti.

    ReplyDelete