Tuesday, 20 October 2026

Abang | Main Bola di UIA

 Hari Rabu pergi sekolah ambil sijil Tahfiz tu, ada cikgu ajak Abang dan kawan-kawan main bola dengan geng cikgu-cikgu. Cikgu-cikgu depa ada team bola. Aktif main, at least seminggu sekali. 

Makanya Khamis malam kami pun temanlah Abang ke Padang Bola Sintetik UIA. Takde kenderaan nak pergi sendiri. Nak bawak kereta tak berapa confident lagi sebab lepas lulus P, terud masuk Asasi. Sampai sekarang tak pernah bawak kereta. Motor pula dah uzur, tak berani nak bagi dia bawak. 

Kenangan Abang dan guru/ustaz dari team JKFC. Kawan Abang yang dapat joined cuma Wakeel dan Zack je. 

Team lawan. 
Dari segi umur tu nampak baya-baya team cikgu-cikgu juga. Sekufu hehe .. 

Jerebu! 
Ingatkan malam reda sikit jerebunya, rupanya sama je. 


Pom pom girl Abang :p
Esoknya tu kan PDPR, boleh la tidur lewat dari biasa. Kalau Adik sekolah Jumaat tu, memang Ummi dan Adik tak ikutlah. 

Tengah main hujan pulak. Best jugak sesekali dibasahi air hujan. 

Ummi dan Walid... 
Kita bikin romantis 🎢🎡🎡🎼
Gitewww... 

Alamak, Abang injured! 
Kaki melecet. Boot bola tu Zack punya, dia pinjam sebab boot bola dia tinggal di hostel. Main sekejap je la. 

Kami tunggu jugalah sampai habis game. 
Keputusan seri 1-1.

11.30 malam gerak balik. Hujan lebat. Ummi ni risaukan Wakeel sebab dia naik motor. Zack bawak kereta, tak risau sangat. Suruh Abang text si Wakeel ni, alhamdulillah dia selamat sampai rumah 🀲🏻
Siap ajak Abang main game lagi. Budak-budak muda, energetic. Ummi ni nampak bantal dan tilam je dah πŸ₯±






13 comments:

  1. Dalam cuaca berjerebu, hati-hati

    ReplyDelete
  2. wahh main bola dlm hujan harap tak demam., huhu

    ReplyDelete
  3. Sudah mulai musim hujan ya kak di sana. Di sini belum lagi. Harap2 saat saya di Malaysia nanti akhir tahun, hujan tak deras2 sangat πŸ˜„. Susah juga nak pergi kemana2.

    ReplyDelete
  4. Sampai anak dah habis sekolah pun mak pak masih support anak² bersukan... still masih rasa mereka ni x besar² lg kan?

    ReplyDelete
  5. semoga sihat2 semuanya yg dah kena hujan time jerebu... amiinnnn

    ReplyDelete
  6. Di Johor p[un dah dua hari hujan lebat, hilang sikit jerebunya.. tapi hati-hati yaa PH, jaga kesihatan juga ya

    ReplyDelete
  7. main bola dlm ujan tu ikut ketahanan bdn...kdg2 ada yg demam...syok ummi & walid romatika tepi padang

    ReplyDelete
  8. Seronok main dalam hujan sekali-sekala. Tak rasa sangat berpeluh bila kena hujan. Syukur Wakeel selamat sampai ke rumah dalam keadaan hujan lebat.

    ReplyDelete
  9. jerebu dan hujan plak tu...kena hati2

    ReplyDelete
  10. Stress dengan jerebu ini.. Sentiasa ja ada..
    Harapnya hujan-hujan ini, hilanglah jerebu ini..

    ReplyDelete
  11. Dah dapat lesen memang kena pektis bawak kalau tak gementar. Bubuh je sticker P kat kereta. Kereta akak sampai sekarang masih ada P lepas Bami dapat lesen. Tunggu sampai Wafi kot baru nak tanggal.

    ReplyDelete
  12. Aduhai..dah la jerebu...main bola..hujan plak..lepas tu injured..alahai abang...

    ReplyDelete