Sunday, 18 October 2026

Roti Telur Sedap

Walid nak keluar gunting rambut, 

W: Ada apa² nak beli? 
Begitulah beliau setiap kali nak keluar ke kedai, tanya dulu kot Ummi nak kirim barang. 

U: Nak roti telur boleh? 
Cepat-cepat Ummi jawab. 

Sebab kalau ke barber sebelah mamak tu, mesti dibelinya mee goreng atau bihun goreng. Awal dulu suka je makan, lama-lama jemu juga. Sementelah rasanya tak sesedap sebelum-sebelum ni...style masak sama, tapi rasa lain. Tawar je selalunya:( 


Kali pertama makan roti telur dari kedai ni. 
Eh, sedaplah! 
Roti lembut, kuah pun sedap. 
Lain kali boleh beli lagi, In Sha Allah. 

Masin mulut Ummi, repeat lagi roti telur ni. Isnin lepas Abang nak keluar beli teh ais, Ummi kirim beli roti telur ni. Sebelum tu dah sarapan nasi goreng jadi roti telur ni simpan je dulu. Siapa lapar  makan je la nanti. 

Bunga dari kenduri di Janda Baik tu sepanjang minggu lepas jadi penyeri meja.

Nasi goreng ni ngam² makan 3 orang. Takut anak² tak cukup kenyang, itu yang top up dengan roti telur tu. Keropok keping tu Abang bawa balik dari Ganu. 

Kalau sedap dan kena dengan selera, rajinlah ulang beli. 


19 comments:

  1. Betul tu, kalau sedap akan repeat. Kalau tak sedap mungkin itulah kali pertama dan terakhir...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye puan. Kalau tak sedap kita cari kedai lain pulak hehe

      Delete
  2. Mesti roti tu dia uli sendiri kan? Bukan belu yg dah siap

    ReplyDelete
    Replies
    1. Agaknya la Uncle. Rasa dan tekstur konsisten

      Delete
  3. Kita mak-mak memang selalu je pikir "takut tak cukup".

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan... Biar lebih jangan kurang bab makan ni hihi

      Delete
  4. Betul kan... Kalau makanan tu sedap, berulang kali repeat. Kalau tak kena dengan selera kita, sekali tu je lah kita beli.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye puan. Kalau sedap tu mmg akan beli berkali-kali :)

      Delete
  5. Pagi tadi pun kami ke kedai roti canai. Anak & suami jela makan roti canai.

    ReplyDelete
  6. Sejak jerebu ni, langsung tak keluar dating dgn encik suami di mamak pagi2 sebelum dia turun kerja mcm biasa. Selalu order roti kosong, encik suami kadang2 order roti telur.

    ReplyDelete
  7. Macam SA la..PZ dah jatuh cinta ngan mamak kat Simpang Ampat tu...gigih ye pi sana bila dia teringin

    ReplyDelete
  8. Sedap ni roti telur. Lagi-lagi kalau memang ngam dengan tekak kita kan.

    ReplyDelete
  9. Rambut saya pun dah panjang ni. Esok/lusa baru nak gi potong. Walaupun sebenarnya rambut yang gugur skrg adalah banyak. Faktor usia dan keturunan 'b' ha ha ha

    ReplyDelete
  10. kalau dah sedap tu kompem boleh repeat lg
    sy rindu betul roti telur mcm dulu yg ada bawang tu

    ReplyDelete
  11. Kalau dapat lembut dan sedap confirm repeat balik

    ReplyDelete
  12. Aiiih kaaak, teringiiiin roti telur dengan kuah kari begini 🤩🤩🤩. Issh memang tak sabaaaaar nak kesana lah, mau puas2 kuliner yang saya suka.canai, roti telur, roti tisu, nasi lemak 🤣🤣.

    ReplyDelete
  13. Kalau dah sedap memang kena ulang..

    ReplyDelete