Kak Aida (anak saudara pupu) Ummi minta tolong aturkan majlis bacaan Yasin dan solat hajat untuk suaminya yang sedang dirawat di Hospital Selayang. Kanser yang semakin merebak :(
Walid tolong booking slot dengan SU Surau manakala Ummi pula in charge makanan sebab Kak Aida berhajat nak sedekah makanan sekali. Last minute juga ni ... Rabu baru nak order, majlisnya Khamis malam Jumaat. Syukur ada Cik Mila, senang kerja Ummi.
Solat hajat dan bacaan Yasin ni dibuat selepas solat Maghrib. Acik Mila hantar terus ke surau.
Syukur, Hj Azhar pun buat kenduri juga (tahlil & kesyukuran) jadi banyaklah makanan untuk para jemaah malam tu.
Alhamdulillah selesai dah majlisnya. Semoga Allah memudahkan urusan Kak Aida sekeluarga dan diberi kesembuhan dan kemudahan rawatan utk suaminya. Anak sulong Kak Aida sebaya Kakak, baru F1. Nombor dua dan bongsu masih sekolah rendah. Single income depa ni. Ni suaminya dah tak boleh bekerja, beratlah dari segi kewangan tu.
Mohon doakan ye kawan-kawan.
semoga dipermudahkan urusan buat kak aida sekeluarga. sakit jugak bila kepala keluarga dah hilang upaya utk cari rezeki :(
ReplyDelete