Monday, 12 October 2026

Walid | Outstation

Walid ke Utara, Isnin-Rabu minggu lepas. Itu yang sempat breakfast berdua. Isnin tu traveling day jadi tak payah masuk ofis. 

Ada roundtable meeting rasanya. 
Goodies yang disediakan oleh tuan rumah. 
Ada lunch box, tumbler, shopping bags, note books, pen dan power bank. 

Ummi takde power bank, boleh la Ummi 'chop' yang ni. 


 Ada 4 charging port. Boleh guna simultaneously, mantap 👍🏻 

Alang-alang ke Utara tu balik sekejap ke kampung, ziarah family Jitra. Tok Umi tak sihat sekarang, kaki sakit. Tak boleh berjalan, kena duduk atas wheel chair. Jadi pergerakan terhadlah sikit. 

Tok Umi kirim asam jawa kepal ni untuk Ummi. 

iGlow ni minuman susu dalam sachet. Tok Umi jual produk ni. Kadang Ummi minum juga cuma taklah selalu. 

Miang Kham Tok Umi bagi juga. 
Dah seminggu dalam peti ais, tak makan pun lagi. Apa rasanya ye? 

Kuih ni Paklong bagi.
Bingka ubi dan yang hijau tu macam kuih seri muka, cuma bahagian bawahnya pulut hitam. Bahagian atas pula macam bengkang/bingka tapi lembik tak macam bahagian atas pulut seri muka yang lebih keras. 

Alhamdulillah macam-macam yang Walid bawa balik. Lebih penting, selamat pergi dan balik 🤲🏻






32 comments:

  1. Saya suka miang kham. First time cuba ni dekat restoran Thai di KLCC, kawan2 ajar camane nak makan. Ragu2 jugak nak makan daun sirih tu haha. Tapi dah masuk mulut eh sedap pulak 🤭

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap eh? 50-50 nak try ni sbb daun tu la. Ni dok ajak Abg try sekali. Ajak Kakak dia x nak. Umminya nak cari geng dulu 😆

      Delete
    2. Btw, daun kaduk kan, bukan daun sireh rasanya tu 😁

      Delete
  2. Saya kurang sket miang kham tp kalau miang pla pao saya suka saya suka🤣🤣

    ReplyDelete
  3. Miang Kham ni pernah rasa. Sedap bila campur semua tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak kena try la kan. Dah ada ni elok cuba kan

      Delete
  4. miang kham fav nieyl....
    klu order, mmg hadap nieyl sorang je hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye ke?
      Nampaknya ramai bagi review positif, kena try jugak ni :)

      Delete
  5. Mcm2 di bawa pulang oleh walid

    ReplyDelete
  6. Miang Kham tu sedap sis.As long as masuk semua yg ada. I loike miangkham. =D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Copy that. Nanti Akk try . Sayang pulak kan dah ada ni, baik cuba try test :D

      Delete
  7. Sedapnya miang kham...
    asam jawa ketoi tu bancuh ngan aiyaq panas..+gula & garam sikit ...uiii...sedap...kalau suka sejuk + ais

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap nah Mak Cella. Nanti Sy try la kalau gitu.
      Ya Allah, tq bg resepi. Sy ingat buat masak ja asam jawa ni 🤭

      Delete
  8. Kita ingatkan tuan besar outstation ke JB. Banyak buah tangannnya tu, tapi kalau kat JB ni jarang ada benda² macam tu. Untung la naik ke utara, banyak fav PH ada tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sepatutnya turun sana juga SK. Tapi tak jadi. Member dah plan nak pi SSI haha ..

      Balik kampung, banyak la ole-ole hehe

      Delete
  9. Waaaah banyaaak yang dibawa kak 😄. Naaah miang kham itu saya masih penasaran juga. Sering baca ttg ini dari teman2 Malaysia, tapi belum pernah coba. Berarti ini banyak dijual di rest Thai yaa? Ok, nanti di KL nak cari resto yang jual 🤭😄

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kakak rasa kamu pasti ngak ada masalah makan miang kham ni sebab kamunya rajin mencoba makanan. Lagi pula makanan ini terkenal ya di resto Thai

      Delete
  10. PH orang Jitra atau suaminya. Saya orang Aloq Setaq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, kita sekapai :)
      Suami orang Jitra, Sy pulak Berlin :p

      Delete
    2. Berlin la sangat, ha ha ha, Baling. he he he. Dulu kecik2 pernah pergi umah sedara mara kat Kuala Ketil. Pertama kali masuk kawasan ladang getah. Ayah saya org Mergong. Tapi ada sedara mara tapi belah Asun (jln nak pi Changlun)

      Delete
  11. Replies
    1. Sy Cuba la kalau gitu. Ramai komen kata sedap :)

      Delete
  12. argh, sepertinya ole-ole PH ni sangat rare bagi sy.

    ReplyDelete
  13. Miang kam tak reti makan.. tak boleh go rasa daun tu.. hihi..
    Weyh, MP3 player tu barang lejen sekarang.. hahaha..
    Masa zaman belajar dulu, orang have² je yang ada MP3 player tu..

    ReplyDelete
  14. KSarie tak boleh makan Miang Kham rasa macam makan sirih😄Asam jawa kepal itu menarik sungguh

    ReplyDelete
  15. sedaplah PH Miang Kham tu...letak daun tu kat tapak tangan, pastu letak je semua condiments yang lain tu, letak sos dia, gulung2 sikit daun tu, ngappp sekali harung je. sho shedappp

    ReplyDelete
  16. Laaaa... cam tak caya PH tak makan lagi miang kham tu.... sedapppp uiiiii

    ReplyDelete
  17. SA suka Miang Kham tu..sedap..layan sungguh kalau dapat makan

    ReplyDelete