Ninjaz Sri Gombak ni tengah buat clearance sale sampai 2 Nov (Isnin). Petang semalam kami singgah la tengok apa yang best. Ternyata banyak juga yang menarik hari. Itu yang laju Ummi up entry ni supaya yang berminat boleh ke sini.
Depa buka khemah atas 5 parking lot. Banyaklah jualannya tu kan... Ummi tanya staff dia, nak pindah ke?
"Eh tak, buat jualan akhir tahun ni nak clear kan stok"
Lega Ummi dengar, sebab anak-anak selalu ajak Ummi ke Ninjaz ni. Kalau pindah susah juga kami :)
Yang bagusnya diorang test dulu function ke tak setiap earphones ni sebelum kita bayar. Ummi ada ambil 1 set ni, bila staff dia tengok phone Ummi (nak test) rupanya tak compatible dengan lubang earphones dekat phone Ummi tu. Yang Ummi ambil tu jenis petak, phone Ummi jenis bulat tempat cucuknya tu.
Tak tau la kuat ke tidak angin mini fan ni. Tak beli pun la wpun kalau nak buat gift comel-comel, mur-mur tu sesuailah ni...
Yang ikut kami balik;
Rasa macam nak pergi beli lagi, buat hadiah untuk anak-anak & cucu-cucu buah :D
Dapat sekali 3 button batch.
Ni pun macam nak pi beli lagi, RM 10 je.
Hujung-hujung tahun ni kan banyak nak buat gift exchange events esp gegirls Ummi ni. Boleh la stand by hadiah siap-siap. Yang bertukar hadiah depa, yang dapat hadiah pun depa. Tapi yang prep hadiah ni Ummi depa 😉
Singgit je satu. Ni pun sesuai nak bagi gegirls kan. Depa suka gantung dekat beg. Hari tu Ummi dengan Adik nampak ada sorang cikgu KAFA pun gantung keychain gini dekat beg beliau. Cikgu pun minat hehe...
Pun nak pi beli lagi. Tamak 🫣
Towel ni Ummi tak tau pasai pa pi beli... Kain dia kesat, macam kain felt. Mujoq la 3 ringgit ja. Tapi ikut pada gambar (nak baca instructions tak reti) banyak juga kegunaannya.
Total spent RM 33 tadi.
Psst: Celcomdigi sebelah Ninjaz ni ramai orang, ada offer iPhone katanya untuk plan pasca bayar. Kedai emas hujung tu pulak adik Ninjaz tu kata ramai sebab emas turun harga. Sempat ye kami bergossip, sementara dia check earphones Ummi beli tu function/not 😁
Wahh.. happy shopping ye.. memacam yg dirembat tu.
ReplyDelete