Sabtu lepas masuk dapur awal, terus masak lauk. Walid dan Abang ke market, beli sarapan sekali. Jadi, Ummi tumpukan perhatian kepada masak lauk tengahari.
Adik peminat sotong, tapi sambal sotong ni dia tak gemar. Minatnya hanya pada sotong goreng kunyit. Esok tu Ummi masak sotong goreng kunyit untuk dia.
Kue tiau ni beli minggu lepas lagi, masa anak-anak asrama balik. Standby untuk buat sarapan depa sekiranya PDPR diteruskan. Ahad tu kena balik asrama, jadi tersimpanlah keu tiau ni. Cukup seminggu baru Ummi keluarkan dan masak. Bak kata Ammi, menggigil² dalam peti ais tu 😁
Kukus ikan dulu, berasingan kemudian baru buat kuahnya. Letak air sikit dalam mangkuk kukus tu untuk buat kuahnya nanti.
Tumis dulu bawang², halia dan cili hingga layu. Masukkan daun limau purut dan air dari ikan kukus tadi. Kemudian masukkan sos dan gaul sebati. Perasakan dengan garam, gula dan serbuk perasa secukupnya. Sos ni masa masak tu rasa tajam (rasa cuka) tapi selepas dibiarkan kira-kira ½ jam, rasanya sedap. Tak lagi rasa cuka yang kuat. Apapun kena adjust dan sesuaikan ikut citarasa kita. Sedap je sos ni.
Ada lagi menu lain, entry lain In Sha Allah.
Meriah makanannya. Alhamdulillah. Nyum!! Nyum!! Nyum!!
ReplyDelete