Sunday, 18 October 2026

PDPR Day 3


Jumaat.

Buka, tutup, buka, tutup operasi sekolah minggu lepas di Selangor ni. Apa boleh buat,  jerebu ni kita tak boleh kawal tinggi rendahnya. Risau anak tak sekolah, tapi lagi risau kalau terdedah dengan bahaya jerebu. 

Isnin PDPR, Selasa Adik balik awal sebab asyik bersin je di sekolah. Rabu dan Khamis sekolah seperti biasa. Jumaat sekolah tutup. Sampai adalah orang buat joke, jerebu ni pandai asal Jumaat je IPU -nya tinggi, dapatlah budak-budak sekolah cuti 3 hari 😁

Dah 2x Jumaat PDPR bagi sekolah bawah PPD Gombak. Penutupan sekolah ni ikut daerah pendidikan (PPD). 

Bila ke sekolah tu dapatlah buat aktiviti bersama kan, berbanding PDPR. 

Antaranya ni...
Patung Stoking, aktiviti sempena minggu Panitia Sejarah & RBT Khamis lepas. Patung ni sekali pandang comel, tenung lama-lama seram la pulak 😅 

Antara tugasan PDPR hari Jumaat. 

Cepat-cepatlah pergi ye jerebu. 
Kali ni rasanya yang paling lama dah teruk jerebu berlaku. 

No comments:

Post a Comment