Sunday, 18 October 2026

PDPR Day 3


Jumaat.

Buka, tutup, buka, tutup operasi sekolah minggu lepas di Selangor ni. Apa boleh buat,  jerebu ni kita tak boleh kawal tinggi rendahnya. Risau anak tak sekolah, tapi lagi risau kalau terdedah dengan bahaya jerebu. 

Isnin PDPR, Selasa Adik balik awal sebab asyik bersin je di sekolah. Rabu dan Khamis sekolah seperti biasa. Jumaat sekolah tutup. Sampai adalah orang buat joke, jerebu ni pandai asal Jumaat je IPU -nya tinggi, dapatlah budak-budak sekolah cuti 3 hari 😁

Dah 2x Jumaat PDPR bagi sekolah bawah PPD Gombak. Penutupan sekolah ni ikut daerah pendidikan (PPD). 

Bila ke sekolah tu dapatlah buat aktiviti bersama kan, berbanding PDPR. 

Antaranya ni...
Patung Stoking, aktiviti sempena minggu Panitia Sejarah & RBT Khamis lepas. Patung ni sekali pandang comel, tenung lama-lama seram la pulak 😅 

Antara tugasan PDPR hari Jumaat. 

Cepat-cepatlah pergi ye jerebu. 
Kali ni rasanya yang paling lama dah teruk jerebu berlaku. 

18 comments:

  1. Kat area saya pun putih je pemandangan luar rumah tapi tetaplah sekolah bukak mcm biasa 😅 cuma UASA ditangguhkan minggu ni sbb ada terbaca minggu ni jerebu akan lebih teruk dari minggu lepas sbb ada hutan baru terbakar di Kalimantan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selangor sekolah cuti, KL sekolah bukak. Macam jauh je KL & Selangor ni hikhik...

      Delete
  2. bertabahla ank2 ..kejap sek nk buka..kejap tutup..tp skarang ptg2 ujan lebat..smoga cpt la jerebu berlalu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye hujan makin kerap sekarang, alhamdulillah. Mudah-mudahan clear balik udara kita

      Delete
  3. Negeri Sembilan x tau la masih sekolah atau cuti...anak2 buah pun x balik dah 2 minggu dah...semau sibuk study nak exam

    ReplyDelete
    Replies
    1. N9 sekolah tutup juga last week tak silap. Ye, musim UASA skrg, susah juga kalau sekolah tutup.

      Delete
  4. PdPR stands for Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (Home-based Teaching and Learning), an educational approach introduced in Malaysia by the Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).. moga negara akan tetap aman damai sentosa sejahtera senantiasa.. aminn

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamin begitulah harapnya Wak kan... Lama sangat bernafas asap ni :(

      Delete
  5. Acik ni penakut. Tiba-tiba berdebar tengok patung itu. Kalau malam-malam mau mimpi ngeri ni

    ReplyDelete
  6. Tapi kat area Petaling Utama ini. 2 minggu berturut2 tutup hari Jumaat. Minggu ni tak tahulah macam mana.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama la dah 2x Jumaat sekolah tutup, PDPR.

      Delete
  7. 2-3 hari ni kan hujan
    tp yg peliknya lps hujan tu makin tebal pulak jerebunya
    haihhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasa lepas hujan ada pelangi, skrg lepas hujan jerebu pulak muncul kembali hikhik

      Delete
  8. jerebu masih lom pulih ni..cute la doll dari socks tu hahaha

    ReplyDelete
  9. Johor pun teruk sampai tak nampak jalan. Cuti seminggu depa bagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye Kak. Tapi bagus, diorang announce terus sekolah tutup utk seminggu.. di sini day by day

      Delete