Monday, 19 October 2026

Khamis yang Kenyang

Syukur atas rezeki makan minum yang tak pernah putus dari-Nya. 

Rezeki Subuh.
Abang bawa balik dari surau. 

Mee goreng tu dalam pek kecil je, tak cukup untuk kami berdua. Jadi Ummi minta Abang tolong beli nasi dagang. Sementara dia cuti ni, boleh la Ummi gunakan khidmatnya pergi kedai :) 

Tengah hari makan laksa. 
Kuah laksa tu dah berzaman bertapa dalam freezer. Ummi panaskan, pun ada baki lagi sebekas kecil saiz taufu fah tu. Takpe, simpan nanti bila-bila teringin kita panaskan semula. 

Apa yang ada je la bahan sampingannya. Janji perut kenyang. 

Petang depa dua beradik  buat ramen. Ummi tumpang makan :)

Petola Masak Lemak + black fungus + suhun & fucuk untuk makan malam. Masih tak boleh move on dengan kesedapan masak lemak pucuk ubi + black fungus + daging salai yang dinikmati di kenduri di Janda Baik tempohari .
Tak dapat daging salai, dapat black fungus pun jadi la 😁

Regukan dengan keli belado. Entah berapa kali tambah nasi pun tak tau la  :p
Masak lemak regu dengan lauk bersambal memang ngam sangatlah. 

Supper ! 
Roti naan kari kambing ni Walid bawak balik dari surau. Sedap. 
Nak- nak dapat free ahak 😆 

Alhamdulillah terima kasih orang baik, terima kasih Allah atas segala nikmat. 

No comments:

Post a Comment